Bulanan Serendah RM3,078.00 – BMW 3 Series Versi LWB Sudah Boleh Ditempah!
BMW Group Malaysia, pengedar rasmi BMW, MINI dan kenderaan BMW Motorrad telah merasmikan BMW 330Li M Sport yang pertama pada bulan April tahun ini.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Sedan dengan jarak antara roda yang panjang (long-wheelbase atau LWB) ini ditawarkan pada harga RM277,164.22 tidak termasuk insurans, termasuk pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan yang sah sehinggan akhir tahun ini. Harga jualannya ialah RM290,284 sekiranya termasuk jaminan selama dua tahun, tanpa had perjalanan dan juga jaminan lanjutan selama lima tahun serta pakej servis.
“Besar hati kami untuk memulakan tempahan bagi penambahan terbaharu dalam portfolio kenderaan premium yang dipasang di Malaysia: BMW 330Li M Sport yang pertama. Berdasarkan prestasi yang membanggakan pada separuh pertama 2021 di seluruh dunia, kami percaya bahawa BMW 3 Series model versi LWB yang pertama dipasangkan di Malaysia ini akan terus memberikan kepuasan kepada pelanggan di Malaysia kerana ia membuka ruang kepada pengguna dan peminat BMW untuk merasai pengalaman (memandu kereta) sporty dalam dimensi baharu," ujar Pengarah Pengurusan, Hans de Visser dalam satu kenyataan.
Perbezaan yang ketara antara 330Li dan 330i adalah dari segi saiz jarak antara rodanya. Jarak antara roda bagi model terkini ialah 2,961mm yang 110mm lebih panjang daripada yang lain. Dalam masa yang sama, dengan ketinggian mencecah 1,441mm, 330Li juga ialah 6mm lebih tinggi berbanding 3 Series yang standard. Jika dibandingkan dengan 5 Series, 330Li adalah lebih rendah sebanyak 144mm dari segi kepanjangan dan lebih rendah sebanyak 14mm dari segi jarak antara roda.
-full.jpg)
BMW 330Li M Sport dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder berpengecas turbo 2.0L yang boleh menjana output berjumlah 254 hp daripada 5,000 ke 6,500 rpm dan berkuasa tork sebanyak 400 Nm pada paras 1,550 ke 4,400 rpm. Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui kotak gear automatik 8 kelajuan dengan pedal penukar gear.
-full.jpg)
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan BMW, 330Li mampu melakukan pecutan daripada 0 km/j kepada 100 km/j dalam masa hanya 6.2 saat! Kuasa maksimum yang boleh dicapai kereta ini ialah 250 km/j. Bacaan penggunaan minyak model ini adalah pada kadar 6.4L/100km. Sementara itu, jumlah gas karbon yang dibebaskan pula dicatatkan pada 147g/km.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Di samping itu, 330Li juga turut memiliki sistem kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, kawalan iklim automatik tiga zon, cermin pandang belakang dengan ciri malap automatik, lampu auto, pengelap cermin auto, kawalan pelayaran pasif, bantuan parkir, bantuan undur, kamera undur belakang, brek kecemasan autonomi, bantuan kekal lorong, pemantauan titik buta, amaran pra-pelanggaran, amaran lintasan trafik dan pencegah pelanggaran belakang.
Pemilik BMW 330Li M Sport boleh berinteraksi secara digital melalui aplikasi My BMW yang menggantikan aplikasi BMW Connected.
BMW 330Li M Sport ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Mineral White dan Carbon Black. Sementara ruang kabinnya pula tampil eksklusif dengan warna Mocha dan jahitan berwarna hitam.
BMW 330Li M Sport sudah mula ditawarkan di pusat-pusat pengedaran BMW di seluruh negara pada 16 Julai, 2021. Namun, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, semua premis pengedaran tidak dibuka. Sekiranya berminat, anda boleh melayari BMW Shop Online Platform di shop.bmw.com.my.
Sebagai info, BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan pelan pembiayaan Balloon Financing Plan. Melalui pelan ini, BMW 330Li M boleh dimiliki dengan bayaran bulanan serendah RM3,078.00 sahaja, berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus selama lima tahun.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT7468
SELANGOR
BSU3867
JOHOR
JF6365J
PULAU PINANG
PSG3972
PERAK
APM2142
PAHANG
CFJ874
KEDAH
KGJ4505
NEGERI SEMBILAN
NEM2670
KOTA KINABALU
SJU5337
KUCHING
QAB7486P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem
Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.
07-08-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
BMW Clubhouse– Tampil Model Baharu BMW & M.
01-07-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!
Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.
21-01-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia
BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.
15-01-2026
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

