- Berita
- Berita Auto
- Toyota Halang Pembeli Land Cruiser Baharu Daripada Jual Semula Kereta Selama 12 Bulan – Ini Sebabnya...
Toyota Halang Pembeli Land Cruiser Baharu Daripada Jual Semula Kereta Selama 12 Bulan – Ini Sebabnya...

Walaupun menerima jumlah tempahan yang tinggi mencecah 22,000 unit, Jepun mengeluarkan arahan menghalang pemilik Toyota Land Cruiser 300 daripada menjual semula kereta ini kepada orang lain selama setahun.
Tanpa mengetahui sebab sebenar tindakan ini diambil, pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa. Ini kerana kalau dilihat daripada prestasi jualannya, terbukti kereta ini cukup laris. bukan sahaja di pasaran Jepun, tapi di seluruh dunia sehingga ia turut menjadi antara model kereta yang digunakan oleh Polis Dubai.


Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh blog ulasan kereta Jepun, Creative311, syarikat Toyota Jepun telah menyediakan kertas perjanjian yang mesti ditandatangani oleh pembeli supaya tidak menjual semula Land Cruiser baharu mereka kepada orang lain. Selepas ditandatangani, kontrak itu akan mula berkuat kuasa selama 12 bulan atau setahun.
Apa yang akan terjadi sekiranya pembeli tidak mengikut arahan?
Kesannya agak pedih sebab pembeli tidak lagi boleh membeli mana-mana kereta berjenama Toyota pada masa akan datang.
Kenapa impak langgar kontrak yang disediakan pihak Toyota Jepun ini terlalu serius?
Arahan supaya tidak menjual kereta Land Cruiser selama setahun ini diambil ekoran komen yang dilontarkan oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat tentang penggunaan kereta Toyota yang berleluasa dalam kalangan pengganas. Ini sememangnya memburukkan imej Toyota sebagai sebuah syarikat pengeluar kereta yang berprestij.


Berdasarkan laporan yang pernah didedahkan sebelum ini, kereta Toyota terutamanya Hilux dan Land Cruiser banyak digunakan oleh organisasi pengganas di Timur Tengah. Jenama ini dipilih kerana Toyota dikatakan memiliki kepakaran dari segi penghasilan badan kereta yang kukuh atau kalis peluru.
Fakta penting tentang Land Cruiser 300


Land Cruiser 300 ialah model kereta SUV yang kedua paling lama dikeluarkan Toyota. Model terkini didatangkan dengan reka bentuk yang terbaharu serta memiliki berat keseluruhan yang lebih ringan iaitu kurang 200 kg berbanding model terdahulu.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP4940
SELANGOR
BST5760
JOHOR
JD9231J
PULAU PINANG
PSF4414
PERAK
APL3750
PAHANG
CFH6836
KEDAH
KGH9789
NEGERI SEMBILAN
NEL7664
KOTA KINABALU
SJT9792
KUCHING
QAB5392P
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit
Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.
03-02-2026
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.
23-01-2026
Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia
Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.
22-01-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Minyak Sekarang?
Kenaikan seragam sebanyak 25 sen ini melibatkan petrol dan diesel tanpa subsidi.
11-09-2026
Zeekr 009 Jadi Shuttle VIP Rasmi di Subang SkyPark
Eksklusif! Zeekr 009 Tawar Servis Shuttle Mewah di Subang SkyPark.
10-09-2026
Percayakah Anda Sistem MLFF Mampu Caj Tol Kereta Dengan Betul ?
Betul Ke Sistem MLFF Malaysia Boleh Kenal Pasti Kereta Anda Tanpa Salah?
10-09-2026
Ops JPJ Johor: 120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati
120 Kenderaan Disita, Cukai Jalan Mati.
10-09-2026
Adjust Mileage Kereta Terpakai Normal Di Malaysia
Isu adjust mileage kereta terpakai kembali tular.
09-09-2026
Berapa Lama Bantuan Lebuhraya Sampai?
Respons Bantuan Lebuh Raya BESRAYA, NPE & LEKAS Kini Lapan Minit.
09-09-2026
Ubah Suai Ekstrem RM150k, Honda Civic Type R Disita JPJ
JPJ menyita 37 kenderaan termasuk Honda Civic Type R yang diubah suai sehingga RM150,000 dalam Ops Ekstrem di Kuala Lumpur. Operasi akan diperluas ke seluruh negara.
09-09-2026
Atasi Gangguan Seksual, E-Hailing Khas Wanita Bakal Realiti?
E-Hailing Khas Wanita: MOT Mahu Pemandu & Penumpang "Puan".
08-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat