Pandu Dengan Cermat & Dapat Ganjaran Diskaun? Perkenalkan Toyota T-Connect!
Selepas Toyota Corolla Cross dilancarkan pada bulan Mac yang lalu, masih ada lagi perkara menakjubkan untuk dikongsi tentang model ini! Salah satunya ialah fungsi yang dinamakan Toyota T-Connect, servis telematik canggih daripada Toyota.
Antara ciri penting fungsi ini adalah kebolehannya untuk mengesan lokasi dan sekaligus melindungi kereta anda. Antara perkhidmatan lain yang dapat membantu menghilangkan kerisauan pemilik kereta adalah seperti Find My Car, Theft Track, SOS dan Geo-fencing.
Selain itu, terdapat juga sistem yang digelar Telematics CARE. Perkhidmatan ini dapat memudahkan dan menjadikan urusan penyelenggaraan kereta Toyota lebih efisien. Termasuk dalam perkhidmatan ini ialah Maintenance Reminder Service atau Khidmat Peringatan Penyelenggaraan yang merangkumi temujanji dalam talian serta pemberitahuan informasi kenderaan.

Di samping itu, perkhidmatan ini turut didatangkan dengan Toyota Care PHYD (Pay How You Drive) yang merupakan sejenis skim insurans yang dapat memberikan penjimatan hebat kepada pelanggan melalui diskaun yang ditawarkan berdasarkan analisis data pemanduan.
Sistem T-Connect akan menghantar data terkini kepada syarikat insurans ini. Maklumat ini akan dianalisis, diporses dan diringkaskan kepada skor yang kemudiannya akan dikongsikan kepada pemandu, bersama-sama dengan aahan pemanduan selamat bagi kawasan tertentu dan dalam tempoh tertentu dalam masa 30 minit selepas perjalanan tamat. Ciri ini dapat menggalakkan pemandu untuk memandu dengan lebih selamat.
Pemandu yang memandu dengan selamat dapat menikmati diskaun ketika membuat pembaharuan pakej premium. Bukan itu sahaja, pelanggan juga dapat menikmati bonus ketiadaan tuntutan iaitu diskaun sebanyak 20 peratus untuk pembaharuan premium.
Tawaran hebat daripada Toyota tidak terhenti di situ sahaja! PHYD turut menyediakan diskaun tambahan sebanyak 25 peratus yang akan dikira berdasarkan markah cara pemanduan anda.
Seterusnya, terdapat juga ciri Happiness Mobility yang datang bersama dengan sejenis perkhidmatan khas yang akan menjaga anda di sepanjang perjalanan.
Fungsi lain yang turut ditawarkan ialah Fleet Telematics Service (FTS) daripada UMT yang direka khas untuk pengguna yang menggunakan kereta bagi urusan kerja. Sistem ini dapat membantu pemilik menjejaki, merancang dan mengawal penggunaan kenderaan dan pemandunya. Ini dilakukan melalui sistem paparan informasi atau data kenderaan secara langsung.
Adakah anda setuju ciri Toyota T-Connect ini dapat membuatkan pengalaman pemanduan Toyota lebih menarik? Nyatakan komen anda dalam ruangan di bawah!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat