30% Pengedar Kereta Akan Gulung Tikar Sebelum 2022?
Lebih daripada 30 peratus daripada 4,600 ahli Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) berisiko untuk gulung tikar sebelum melangkah masuk ke tahun 2022 sekiranya sekatan pergerakan berlanjutan selama beberapa bulan lagi.

Info ini disampaikan sendiri oleh Presiden FMCCAM, Datuk Tony Khor ketika mesyuarat dalam talian bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Mengulas mengenai perkara itu, Khor memaklumkan bahawa buat masa ini secara keseluruhannya ahli FMCCAM perlu menanggung kerugian yang besar sehingga mencecah RM300 juta. Beliau turut mencadangkan agar syarikat jualan kereta terpakai dan syarikat kredit diletakkan sebagai perkhidmatan penting kerana ia berfungsi sebagai pengantara bagi kelangsungan perniagaan-perniagaan kecil dan mikro.

"Apabila perniagaan kecil dan mikro kehabisan simpanan, mereka akan mempertimbang untuk menjual kereta supaya masih mempunyai modal pusingan, duit untuk meneruskan hidup dan berjuang demi hari seterusnya.
"Tapi bagaimana mereka boleh menjual kereta dan trak yang ada sekiranya sektor automotif, termasuklah bilik pameran tidak dibenarkan untuk beroperasi?" luah Khor.
Berdasarkan laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), sektor automotif menyumbangkan sebanyak RM57 bilion pendapatan tahunan dengan sebanyak 6.8 juta buah kereta dalam pinjaman.
"Tiada masa lagi untuk dibuang bagi pembukaan sektor automotif. Peluang pembelian untuk perniagaan kami dalam situasi pandemik ini cukup tipis. Tak mudah untuk kami dapatkan 10 pelanggan yang berpotensi dalam sehari," tambah Khor.


Sementara itu, Wee berkata, syarikat perniagaan mestilah memastikan setiap pekerja dan pelanggan telah menerima vaksin sepenuhnya sekiranya sektor mereka beroperasi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Orang ramai janganlah leka dengan perkara berkaitan prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja atau di mana sahaja, walaupun berada dalam kalangan orang yang telah menerima vaksin penuh. Ini adalah kewajipan minimum yang mesti dipatuhi semua perniagaan supaya kerajaan yakin bahawa keadaan sudah cukup selamat untuk memulakan beroperasi," kata Wee.
Wee turut menekankan bahawa, pembukaan ini bukan sekadar membabitkan industri automotif, tetapi juga seluruh rantaian bekalan daripada bilik pameran hingga ke kilang-kilang pemasangan bahagian dan komponen.


"Saya akan membawa maklum balas yang diterima daripada persatuan untuk perbincangan dalam kabinet," ujar Wee.
Perbincangan maya ini turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia Datuk Aishah Ahmad, Pengerusi Persatuan Pengedar Honda Malaysia Datuk Mahfoz Hamid, Presiden Persatuan Pengedar Perodua Khairul Nizam Ayob, Presiden Majlis Pengedar Toyota Malaysia Simon Thong, Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia Liew Vee Lee, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
"Jangan Rumitkan Permohonan Lesen Peniaga Kereta Terpakai." – Presiden FMCCAM
FMCCAM telah menggesa kerajaan untuk memudahkan proses mendapatkan lesen bagi peniaga kereta terpakai.
09-06-2023
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
