ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Syarikat Automotif Dibenarkan Operasi, Apa Kata Mereka?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seperti diketahui umum, bermula 16 Ogos lalu, sebilangan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula selepas dua bulan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hakikatnya, sektor-sektor ini terutama jualan dan perkhidmatan dalam industri automotif telah lama menanti kebenaran untuk beroperasi semula.

Tidak terkecuali, Syarikat Toyota juga  menyambut baik dengan keputusan kerajaan yang membenarkan pusat pengedaran dan jualan kereta beroperasi semula.

“Kami mengalu-alukan kelonggaran sekatan kerana ia nyata memberikan cabaran kepada perniagaan kami sejak dua bulan lalu.

“Dengan memulakan kembali aktiviti perniagaan terutama di pusat pameran Toyota dan Lexus bakal membolehkan kami bergerak ke hadapan dan melakukan peranan kami terhadap pemulihan ekonomi negara,” kata  Presiden UMW Toyota, Ravindran K.



Beliau turut menyebut bahawa syarikat akan mematuhi semua Piawaian 

Prosedur Operasi Piawai (SOP), syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Malah, ujarnya, PKP pada tahun lalu, pihaknya telah melaksanakan pelbagai SOP di bilik pameran dan pusat perkhimatan dan semua SOP ini masih dikekalkan sehingga sekarang.

SOP ini juga termasuk pemeriksaan suhu, pendaftaran dengan menggunakan MySejahtera , menggunakan pembasmi kuman dan pelitup muka dan pihaknya sentiasa menjalankan proses sanitasi di premisnya.

"Kami memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kami telah memastikan bahawa premis kami mempunyai persekitaran yang selamat untuk mereka kunjungi," tambahnya,” tambahanya.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan yang mahu mengunjungi pusat servis dinasihatkan supaya membuat janji temu terlebih dahulu. 

Menurutnya, dua kilang pemasangan dan beberapa kilang yang berkaitan dengan UMW Toyota Motor Group  akan beroperasi pada spesifikasi tertentu.

Bagaimanapun,ia bergantung pada peratusan pekerja yang sudah menerima vaksin lengkap  memandangkan hanya kapasiti penuh akan dibenarkan sekiranya lebih daripada 80 peratus daripada mereka yang sudah menerima vaksin.

“UMW Toyota telah pun menjalankan program vaksinasi untuk para pekerjanya, dan kesemua mereka sudah pun divaksin atau bakal menerima suntikan vaksin dalam masa terdekat,” jelasnya.

Mengulas mengenai situasi itu, Ravindran berkata, biarpun jumlah jualan mencatatkan rekod yang rendah pada bulan Jun dan Julai, pihaknya masih menerima tempahan yang menggalakkan untuk beberapa buah model.

Oleh itu, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan kesan terhadap perniagaan serta pelanggannya.

“Sekarang, sekatan telah dilonggarkan jadi, ia memberi kami peluang untuk melaksanakan pelbagai rancangan penting yang tertangguh. Misalnya, kami telah melakukan persiapan untuk pemasangan kenderaan elektrik hibrid Toyota namun rancangan ini terjejas sejak dua bulan lalu. 

“Jadi, kami akan bertindak dengan segera bagi menebus kembali waktu yang telah hilang,” kata Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.



Antara syarikat yang akan mula beroperasi ialah Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM).

Bagaimanapun, kebanyakan bilik pameran Nissan telah beroperasi pada Jumaat lalu.

Syarikat berkenaan juga dikatakan menekankan SOP memandangkan pekerja yang menerima dua dos suntikan lengkap sahaja dibenarkan bekerja.

Seperti biasa, kesemua pekerja dikehendaki memakai pelitup muka, menjalani pemeriksaan suhu badan manakala, bilik pameran akan disanitasi termasuk kesemua kenderaan pandu uji dan yang dipamerkan akan disanitasi.

Bagaimanapun, pelanggan yang mahu mengunjungi bilik pameran, pastikan anda menerima suntikan vaksin lengkap, tunjukkan sijil digital MySejahtera dan memakai pelitup muka.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global
Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global
Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global
Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

18-12-2025
Global
Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.

28-11-2025
Global
Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025
Global
Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global
Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini

Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini

Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.

16-10-2025
Global
Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih

Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih

Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.

14-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.