Penat Tersangkut Dalam Kesesakan? Kini Tidak Lagi Dengan IQ-DRIVE Volkswagen Polo
Pasaran automotif kini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Volkswagen Polo yang terbaharu. Tapi untuk versi Polo kali ini, ianya hadir dengan fungsi yang cukup menarik. Ini kerana buat pertama kalinya Polo ditawarkan dengan fungsi pemanduan separa automatik yang menjadikannya kereta kecil pertama di dunia yang memiliki fungsi ini.
Ciri ini dapat diwujudkan dalam sebuah Polo yang kecil dengan bantuan IQ.DRIVE Travel Assist atau Bantuan Perjalanan IQ-DRIVE. Sistem ini membolehkan VW Polo dikemudi, dibrek dan ditekan minyaknya secara automotik.
Sebelum ini, teknologi IQ.DRIVE hanyalah ditawarkan pada model-model kereta yang lebih besar seperti Golf, Tiguan, Passat, Arteon dan Touareg. Namun kini, fungsi ini tidak lagi terhad kepada kereta-kereta ini sahaja.
![]()
Secara umumnya, Bantuan Perjalanan IQ.DRIVE sangat mudah untuk digunakan dengan adanya stereng pelbagai fungsi pada Polo. Stereng ini memiliki butang kawalan yang dapat memudahkan pemandu mengakses sistem bantuan pintar. Pemandu hanya perlu menekan butang ini dan fungsi akan diaktifkan.
Secara teknikalnya, Bantuan Perjalanan IQ.DRIVE berfungsi dengan gabungan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Panduan Laluan Adaptif.
Setelah diaktifkan, perkara pertama yang akan berlaku ialah ciri ACC akan bertindak bagi memastikan Polo mengekalkan kelajuan yang dibenarkan secara automatik.
Ini berlaku dengan bantuan kamera Dynamic Road Sign Display. Menggunakan sistem ini, Polo akan menentukur kelajuan yang dibenarkan secara automatik.

Seterusnya, ia akan menggunakan teknologi sensor radar bagi mengesan mana-mana kenderaan yang perlahan di hadapan, sekiranya ada, brek akan ditekan. Namun sekiranya tiada kenderaan dikesan, pedal minyak akan ditekan.
Selain itu, ia turut memiliki sistem ACC prediktif yang bergabung dengan sistem navigasi dan kotak gear dwi-cekam (DSG).
Fungsi ini akan membenarkan kenderaan bertindak balas terhadap kehadiran selekoh jalan, pembahagi jalan dan sebagainya dengan cara mengurangkan kelajuan.
Sistem yang seterusnya ialah sistem kekal lorong. Dalam sistem ini, fungsi bantuan laluan akan mengimbas bahagian depan Polo dengan menggunakan kamera sama yang digunakan dalam sistem Dynamic Road Sign Display (terletak pada cermin depan).
Sistem ini dapat mengesan tanda pada jalan supaya dapat mengekalkan pergerakan pada laluan yang betul walaupun sekiranya terdapat pergerakan ke luar lorong yang tidak disengajakan.
Namun begitu, pemandu mestilah mengekalkan pegangan tangan pada stereng kereta, kerana hanyalah pemandu yang dapat mengesan situasi sebenar pemanduan.

Sekiranya Bantuan Perjalanan IQ.DRIVE digabungkan dengan transmisi lima dan enam kelajuan, sistem bantuan ini boleh digunakan daripada kelajuan minimum 30 km/j hingga 210 km/j.
Untuk gabungan dengan transmisi dwi-cekam 7 kelajuan (DSG) pula, sistem bantuan boleh diaktifkan daripada 0 km/j lagi.
Sistem yang cukup menarik bukan? Teknologi yang diketengahkan ini cukup praktikal bagi warga kota yang seringkali terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas. Perjalanan terasa kurang memenatkan bila pergerakan yang tersekat-sekat dapat dikawal secara automatik.
Volkswagen telah mula menawarkan Bantuan Perjalanan IQ.DRIVE dan ACC untuk Polo sebagai sebagai sebahagian daripada komponen dalam pakej tambahan IQ.DRIVE.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tarik Balik Beg Udara Takata: Ini Model Terjejas:
VPCM tarik balik 6,671 unit kereta yang membabitkan pelbagai model.
26-12-2023
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
