Kia Eropah Bekerjasama Dengan Uber – Pemandu Uber Dapat Guna EV?
Kia Eropah dan Uber telah mengumumkan kerjasama untuk merealisasikan mobiliti elektrik. Tindakan ini diambil bagi mempercepatkan proses penggunaan kenderaan elektrik bebas emisi untuk menjadikan negara Eropah bebas daripada pencemaran alam dan bunyi.
Kia akan membekalkan barisan kereta elektrik bateri (BEV) berteknologi tinggi kepada pemandu Uber termasuklah e-Niro dan e-Soul sebagai sebahagian daripada usaha kolaborasi. Strategi yang diambil ini bakal menjadikan Kia pembekal utama EV untuk sektor e-hailing.

Berdasarkan pelan perancangan kenderaan masa depan Kia yang dinamakan 'Plan S', peratusan jualan kenderaan mesra alam dianggarkan akan meningkat sehingga 40 peratus daripada keseluruhan jumlah jualan global Kia menjelang penghujung tahun 2030. Buat masa ini, Kia sudah pun berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran jualan tahunan global iaitu sebanyak 880,000 unit kereta elektrik (EV) dan 1.6 juta kenderaan mesra alam.
Elemen teras dalam strategi Plan S adalah usaha untuk memperkukuh portfolio Kia dengan menghasilkan 11 buah BEV baharu menjelang tahun 2026, tujuh daripadanya akan dibangunkan berdasarkan platform modular yang dinamakan Electric-Global Modular Platform (E-GMP). Dilaporkan bahawa kenderaan yang bakal dihasilkan ini adalah termasuk kereta SUV dan MPV dalam beberapa jenis segmen berbeza.
Dalam masa yang sama, Uber turut bercadang untuk mengurangkan jejak karbon dengan mengambil langkah proaktif untuk menjadi sebuah platform e-hailing bebas emisi di seluruh Eropah mulai tahun 2030. Untuk tahun 2024, syarikat e-hailing ini berharap untuk memiliki lebih daripada 100,000 unit BEV. Penggunaan kereta bebas karbon akan dimulakan di beberapa bandar besar Eropah iaitu Amsterdam, Berlin, Brussels, Lisbon, London, Madrid dan Paris.
Untuk mempromosikan penggunaan BEV, Kia dan Uber merancang untuk menjalankan kempen pemasaran dan pendidikan kepada pemandu-pemandu Uber. Peluang untuk pandu uji kereta turut ditawarkan supaya pemandu dapat mencuba kereta elektrik ini sendiri.
“Kerjasama yang menarik dengan Uber ini merupakan satu lagi detik penting bagi BEV dan mobiliti bebas emisi di Eropah. Memastikan udara bersih di kawasan bandar yang sesak dan memastikan suasana yang tenang serta bebas daripada pencemaran bunyi kenderaan adalah agenda utama kami. Kerjasama yang penting dengan Uber ini adalah langkah yang signifikan bagi merealisasikan matlamat ini, dan kami sangat berbangga kerana dapat menawarkan barisan kereta BEV canggih Kia, bermula daripada model e-Niro dan e-Soul," ujar presiden Kia Eropah, Jason Jeong.

Pengurus Besar Rantau Uber, Anabel Diaz pula berkata, "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Kia bagi memastikan pemandu di seluruh Eropah dapat menggunakan kenderaan elektrik yang terbaik pada harga yang berpatutan. Mobiliti bebas emisi bukanlah sekadar matlamat bagi kami – ia merupakan satu keperluan."

Kolaborasi strategik antara Kia dan Uber ini akan diperkukuhkan dengan penawaran BEV berteknologi tinggi kepada 20 pasaran Eropah yang menunjukkan peningkatan permintaan.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Imej Pertama Didedahkan, Kia Sportage Versi Khas Untuk Pasaran Eropah!
Kia Europe telah mempertontonkan imej rasmi pertama bagi Sportage yang dikeluarkan khas untuk pasaran Eropah.
28-09-2021
Tersalah Masuk Kereta, Pelajar Ini Ditembak Mati
Malang menimpa seorang pelajar universiti di Florida, Amerika Syarikat, apabila dia ditembak mati hanya kerana tersalah kereta.
21-09-2022
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
