Honda Civic Hatchback 2022 Mula Dijual Tak Lama Lagi?
Pada penghujung bulan Jun yang lalu, Honda Motor Co., Ltd. telah pun merasmikan kehadiran Civic Hatchback secara dalam talian untuk tontonan orang ramai. Ditawarkan dalam beberapa variasi yang berbeza, hatch yang menerima sentuhan baharu ini dijangka akan mula dipasarkan tidak lama lagi.

Honda turut mendedahkan bahawa versi hibrid bagi kereta ini iatu e:Hev (sistem hibrid 2 motor original daripada Honda) dan juga Civic Type R akan mula dijual pada tahun 2022.
Civic Hatchback ini telah dibina dengan penumpuan yang tinggi terhadap ciri keselesaan dan dinamik kereta. Bentuk badannya yang kelihatan rendah dan lebar meningkatkan kestabilan kereta yang secara tidak langsung membantu meningkatkan prestasinya.
Bergerak ke bahagian dalam, Civic Hatch kelihatan cukup selesa, dengan ruang pembukaan yang luas dan rekaan yang sedap dipandang. Terpancar dengan jelas aura moden kabin dalamannya yang diberikan sentuhan minimal. Ini dapat dilihat dari segi aturan atau layout kabin dan juga penggunaan material yang lembut pada sentuhan atau soft-touch materials.
Dari segi dinamik kereta, hatch yang baru dilancarkan ini menggunakan sistem stereng sporty untuk memastikan kawalan sepenuhnya dalam apa sahaja situasi pemanduan. Terdapat dua pilihan transmisi kereta iaitu transmisi CVT atau transmisi manual 6 kelajuan (6MT).

Civic Hatchback ini dilengkapi dengan pakej keselamatan yang canggih 'Honda SENSING' dan juga beberapa teknologi bantuan pemandu yang termasuklah kamera depan dengan sudut pandangan yang lebar. Pakej ini turut merangkumi ciri seperti Bantuan Kesesakan Lalu Lintas, Brek Kecemasan Autonomi, Bantuan Stereng Evasif, Bantuan Kekal Lorong, Pengesanan Isyarat Lalu Lintas, Amaran Kenderaan Hadapan Bergerak ke Depan dan Lampu Suluh Pemanduan Adaptif.
Honda Civic Hatchback dijangka akan mula dijual dalam bulan ini bermula daripada negara Jepun. Informasi selanjutnya tentang Civic Hatchback berkemungkinan akan diumumkan tidak lama lagi.
Apakah pendapat anda tentang Civic Hatchback terbaharu daripada Honda ini? Adakah kemungkinan kereta ini akan dijual di negara Malaysia? Kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Apa Cerita Ni? Harga Kereta Naik
Beberapa syarikat pengeluar kereta sudah mula menaikkan harga kereta mereka.
05-07-2023
Peminat Honda Civic! Ini Adalah Tayangan Debut Civic Hatchback Serba Baharu!
Honda Motor Co.Ltd mengadakan tayangan perdana dunia Honda Civic Hatchback serba baharu secara dalam talian di Tokyo, Jepun baru-baru ini.
09-07-2021
Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan
Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.
21-05-2025
Honda Bakal Lancarkan 30 EV, Divisyen Baharu Ditubuhkan Untuk Merancakkan Usaha Elektrifikasi
Honda Motor Co., Ltd. baru-baru ini telah mengumumkan langkah penstrukturan semula organisasi dan operasi syarikat.
26-01-2023
Peminat Honda Civic! Ini Adalah Tayangan Debut Civic Hatchback Serba Baharu!
Honda Motor Co.Ltd mengadakan tayangan perdana dunia Honda Civic Hatchback serba baharu secara dalam talian di Tokyo, Jepun baru-baru ini.
09-07-2021
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat