ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Rancangan Volvo Cars Bagi Penghasilan Kereta Mereka Demi Menjaga Bumi Sebelum Terlambat...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengeluar kereta daripada negara Sweden, Volvo Cars nampaknya semakin serius dalam usaha mereka untuk memastikan supaya konsep pembangunan dan pembinaan yang mampan menjadi teras syarikat.  Inilah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan laporan  The Rise of Conscious Design, yang telah dikongsikan oleh Volvo Cars bersama The Future Laboratory, sebuah syarikat konsultansi yang mengkaji tren masa depan.


Dalam laporan ini, Volvo Cars mengumumkan bahawa model kereta elektrik sepenuhnya yang terbaharu mereka  adalah bebas daripada penggunaan sebarang balutan kulit. Model kereta pertama yang akan menjadi bukti kepada idea ini ialah C40 Recharge.

 


Turut diumumkan, Volvo Cars sedang giat mencari bahan yang berkualiti tinggi daripada sumber yang diuruskan secara mampan untuk digunakan dalam industri.  Menjelang tahun 2023, syarikat menyasarkan 25 peratus daripada bahan yang digunakan oleh kereta Volvo terbaharu adalah bahan yang dikitar semula dan merupakan bahan berasaskan bio.

 

"Kami memiliki visi tentang di mana arah tuju kami di masa hadapan, dengan langkah pertama untuk menguasai bahan yang diuruskan secara mampan, semulajadi dan yang telah dikitar semula.  Cabaran seterusnya ialah untuk mengubah apa yang kami lakukan kepada bahan ini, sama ada untuk menghasilkan bahagian-bahagian kereta yang dapat kekal selamanya, memasuki semula ekonomi 'circular' atau masuk kembali ke dalam bumi," ujar Ketua Rekaan Volvo Cars, Robin Page.


Di masa hadapan, Volvo Cars akan menawarkan pelanggannya dengan pilihan lain yang dapat menggantikan balutan kulit untuk kabin dalaman kereta - seperti Nordico, bahan baharu daripada Volvo yang menggunakan tekstil diperbuat daripada botol PET, bahan berasaskan bio daripada hutan (yang diuruskan secara) mampan di Sweden dan Finland serta gabus yang dikitar semula daripada industri arak, dan sebagainya. 

 

Volvo Cars juga akan menawarkan beberapa pilihan bulu/benang sayat yang hanyalah diambil daripada pembekal yang disahkan dan yang menguruskan sumber dengan bertanggungjawab.  Ini dapat memastikan syarikat kekal telus dan demi menjaga kesejahteraan haiwan yang terlibat dalam pembekalan.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT5654

SELANGOR

BSP1578

JOHOR

JYU6073

PULAU PINANG

PSB3574

PERAK

APG5721

PAHANG

CFG1837

KEDAH

KGF2754

NEGERI SEMBILAN

NEK941

KOTA KINABALU

SJR3395

KUCHING

QAB5401N

Terakhir Kemas Kini 16 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

Volvo Cars Perkenal Tali Pinggang Keledar Multi Adaptif pertama di dunia Untuk Volvo EX60

Volvo Cars bakal memperkenalkan teknologi pertama di dunia, tali pinggang keledar multi-adaptif yang akan disediakan dalam model Volvo EX60, mulai tahun depan nanti.

05-06-2025
Global

Volvo Cars Buang 3,000 Pekerja, Pasaran EV Terlalu Sengit

Volvo Cars mengumumkan bahawa syarikatnya bakal mengurangkan kos operasi dengan merancang pemotongan kira-kira 3,000 jawatan pentadbiran.

27-05-2025
EV

Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road

Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?

11-02-2025
EV

Volvo Bakal Lancar 5 Model Kereta Tahun Ini, EX60 Tahun Depan

Volvo dedah pelan hala tuju produk Volvo bagi tahun 2025, yang menyaksikan sekurang-kurangnya lima model baharu bakal diperkenalkan.

10-02-2025
EV

Volvo Batal Hasrat Jadi Jenama EV 100% Menjelang 2030, Ini Sebabnya...

Jenama automotif Sweden, Volvo Cars, mengumumkan bahawa ia telah membatalkan sasaran asalnya untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

05-09-2024
Kereta Baru

Volvo C40 Recharge Dikemaskini – Bateri Lebih Berkuasa, Jarak Lebih Jauh

Volvo C40 Recharge yang telah diperbaharui bagi tahun 2024 kini sudah boleh ditempah.

29-02-2024
Global

Volvo Henti Bantu Polestar Bangunkan Kereta Sports Elektrik – Tindakan Bijak?

Volvo Cars mengumumkan keputusannya untuk menghentikan sokongan kewangan kepada Polestar Automotive Holding.

02-02-2024
EV

Volvo Tamatkan Pengeluaran Kenderaan Diesel pada 2024

Volvo mengumumkan pada Minggu Iklim New York untuk menamatkan pengeluaran semua model kenderaan berkuasa diesel menjelang awal 2024.

19-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.