- Berita
- Berita Auto
- Ulang Tahun Kelahiran Pengasas Rolls-Royce Yang Ke-144 Diraikan Guna Rolls-Royce Ghost
Ulang Tahun Kelahiran Pengasas Rolls-Royce Yang Ke-144 Diraikan Guna Rolls-Royce Ghost
Bagi meraikan ulang tahun kelahiran pengasas bersama jenama kereta mewah, Rolls Royce Motor Cars, iaitu The Hon (gelaran kehormat UK 'The Honourable') Charles Stewart Rolls yang ke-144, syarikat pengeluar kereta ini telah menggunakan Rolls Royce Ghost bagi melawat lokasi-lokasi yang memiliki kaitan dengan beliau.
Sambutan ini dibuat bersempena dengan tarikh kelahirannya pada 27 Ogos baru-baru ini.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Rolls Royce Motor Cars, Torsten Müller-Ötvös, "Walaupun dia, tentu saja, terkenal sebagai salah seorang daripada pengasas kami, Hon Charles Stewart Rolls, yang dilahirkan pada hari ini pada tahun 1877, juga merupakan perintis penerbangan, pemandu perlumbaan yang berjaya dan jurutera yang berbakat. Bagi meraikan hari yang sangat penting bagi syarikat, kami telah melawat lokasi-lokasi penting berdasarkan kisah Rolls bersama-sama Ghost, sebuah kereta motor dengan teknologi, prestasi, mutu ketukangan dan juga keunggulan yang merangkumi semua yang diperjuangkan beliau, kesemua perkara yang lelaki dengan kehidupan dan kerjaya luar biasa ini hargai dan kejar."
Bagi memperingati lawatan yang dibuat, foto Rolls Royce Ghost yang menarik diambil pada setiap perhentian yang dibuat di sepanjang perjalanan.
Perhentian yang pertama ialah 35 Hill Street, Mayfair. The Hon Charles Stewart Rolls dilahirkan di rumah ini sebagai anak yang ke-3 kepada Lord dan Lady Llangattock.
![]()
Eton dan Cambridge merupakan tempat beliau menerima pendidikan, dan di sinilah beliau menikmati kebebasan untuk memuaskan minat mendalamnya terhadap penerbangan dan sukan permotoran.
Ghost kemudian meneruskan perjalanan di lokasi seterusnya, 119 Piccadilly. Sehingga tahun 1961, bangunan Grade II Listed di Piccadilly merupakan rumah bagi Royal Aero Club. Rolls ialah salah seorang pengasas kelab yang diwujudkan pada tahun 1901 ini.
Rolls memulakan kerjayanya sebagai seorang balloonist, telah berjaya melakukan sebanyak 170 penerbangan dan memenangi pingat emas Aero Club de France pada tahun 1906 kerana berjaya mencatatkan masa terpanjang berada di udara.

Yang menariknya, pada tahun 1910, beliau menjadi satu-satunya individu kedua di Britain yang dianugerahkan dengan lesen juruterbang pesawat dan juga lelaki Inggeris pertama yang menerbangkan pesawat melintasi Selat Inggeris.
Perhentian seterusnya ialah Royal Automobile Club (RAC). Rolls juga merupakan ahli pengasas Automobile Club of Great Britain and Ireland yang kemudian ditukarkan nama kepada Royal Automobile Club (RAC) pada tahun 1897.
Setiausaha kelab, Claude Johnson, merupakan rakan niaga Rolls dalam perniagaan pengedaran keretanya, C S Rolls & Co, yang kemudian telah dilantik menjadi Pengarah Pengurusan pertama Rolls-Royce.

Seorang ahli daripada kelab RAC merupakan orang yang telah mengaturkan pertemuan bersejarah yang pertama antara Rolls dan Henry Royce di Midland Hotel, Manchester pada 4 Mei 1904.
Kemudian, Ghost telah dipandu menuju ke 14 - 15 Conduit Street. Bangunan yang terletak di Conduit Street ini merupakan ibu pejabat West End bagi Rolls-Royce Ltd buat jangka masa yang lama pada abad ke-20.
Di sinilah lokasi pejabat Rolls dan juga tempat pemanduan demonstrasi dilakukan bagi model-model Rolls-Royce daripada tahun 1905 sehinggalah kematian tragis beliau selepas terlibat dalam kemalangan semasa penerbangan pada tahun 1910.

Pada 22 Mac 2010, kepentingan sejarah bangunan ini diperingati dengan pemasangan tanda 'English Heritage Blue Plaque' yang dirasmikan oleh Lord Montagu of Beaulieu.
Akhir sekali, perjalanan Ghost ditamatkan di Berkeley Street. Terletak berdekatan dengan tempat kelahiran Rolls, ini merupakan salah satu alamat yang paling berprestij di London. Berkeley Street juga turut dianggap ibarat jantung bagi Mayfair.
Hari ini, lokasi ini menjadi cawangan terpenting Rolls-Royce di UK.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan
Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.
25-09-2025
Ops Luxury: JPJ Sita Rolls-Royce, Tak Bayar Cukai Jalan RM29,000, Alasan Biasa, Lupa!
JPJ menyita sebuah kenderaan Rolls-Royce gara-gara gagal membayar cukai jalannya bernilai RM29,000 yang dikenakan untuk setahun.
16-08-2025
Rolls-Royce Ghost Series II 2025 Didedah, Ada Penambahbaikan
Pengeluar kereta mewah, Rolls-Royce mendedahkan Rolls-Royce Ghost Series II 2025, baru-baru ini.
11-10-2024
Guna Cat Seberat 45 KG Untuk Satu Kereta? Ini Dia Info Tentang Rolls-Royce Black Badge Ghost Terbaharu!
Rolls Royce baru-baru ini telah memperkenalkan model Black Badge yang tercanggih setakat ini, kereta yang melambangkan konsep rekaan Post Opulence terkini.
28-12-2021
Pameran Rolls-Royce Di UK: Dedahkan Versi Keluaran Khas, Black Badge, Untuk Tatapan Umum
Rolls-Royce Motor Cars telah membuat penampilan dalam acara tahunan musim panas yang eksklusif, Salon Privé.
26-10-2021
Friskee Pink Ghost, Iced Turchese Black Badge Bakal Menarik Perhatian Penonton
Sempena perhimpunan Minggu Kereta Monterey yang ke-70, Rolls Royce mempamerkan dua Bespoke unik di Gathering Motorsports Quail.
05-10-2021
Bespoke Rolls Royce Black Badge Cullinan Hadir Dengan Tema Perlumbaan
Royce Motor Cars Los Gatos, California melakukan penghantaran Rolls Royce Black Badge Cullinan kepada sepasang suami isteri, Ben dan Christine Sloss yang dikatakan merupakan peminat tegar kereta lumba.
20-05-2021
Rolls-Royce Dan Arkitek Jepun, Kengo Kuma Bekerjasama Menghasilkan Bespoke Dawn
Rolls-Royce Motor Cars and arkitek dan profesor di Jabatan Senibina di Universiti Tokyo, Kengo Kuma berusaha untuk membawa dunia industri automotif dan rekaan seni bina mewah dengan memperkenalkan buat julung kalinya, Bespoke Rolls-Royce Dawn.
30-04-2021
Berita Terkini
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat