ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ulang Tahun Kelahiran Pengasas Rolls-Royce Yang Ke-144 Diraikan Guna Rolls-Royce Ghost

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bagi meraikan ulang tahun kelahiran pengasas bersama jenama kereta mewah, Rolls Royce Motor Cars, iaitu The Hon (gelaran kehormat UK 'The Honourable') Charles Stewart Rolls yang ke-144, syarikat pengeluar kereta ini telah menggunakan Rolls Royce Ghost bagi melawat  lokasi-lokasi yang memiliki kaitan dengan beliau.

 

Sambutan ini dibuat bersempena dengan tarikh kelahirannya pada 27 Ogos baru-baru ini.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Rolls Royce Motor Cars, Torsten Müller-Ötvös, "Walaupun dia, tentu saja, terkenal sebagai salah seorang daripada pengasas kami, Hon Charles Stewart Rolls, yang dilahirkan pada hari ini pada tahun 1877, juga merupakan perintis penerbangan, pemandu perlumbaan yang berjaya dan jurutera yang berbakat. Bagi meraikan hari yang sangat penting bagi syarikat, kami telah melawat lokasi-lokasi penting berdasarkan kisah Rolls bersama-sama Ghost, sebuah kereta motor dengan teknologi, prestasi, mutu ketukangan dan juga keunggulan yang merangkumi semua yang diperjuangkan beliau, kesemua perkara yang lelaki dengan kehidupan dan kerjaya luar biasa ini hargai dan kejar."

 

Bagi memperingati lawatan yang dibuat, foto Rolls Royce Ghost yang menarik diambil pada setiap perhentian yang dibuat di sepanjang perjalanan.

 

Perhentian yang pertama ialah 35 Hill Street, Mayfair. The Hon Charles Stewart Rolls dilahirkan di rumah ini sebagai anak yang ke-3 kepada Lord dan Lady Llangattock.

Eton dan Cambridge merupakan tempat beliau menerima pendidikan, dan di sinilah beliau menikmati kebebasan untuk memuaskan minat mendalamnya terhadap penerbangan dan sukan permotoran.

 

Ghost kemudian meneruskan perjalanan di lokasi seterusnya, 119 Piccadilly. Sehingga tahun 1961, bangunan Grade II Listed di Piccadilly merupakan rumah bagi Royal Aero Club. Rolls ialah salah seorang pengasas kelab yang diwujudkan pada tahun 1901 ini.

 

Rolls memulakan kerjayanya sebagai seorang balloonist, telah berjaya melakukan sebanyak 170 penerbangan dan memenangi pingat emas Aero Club de France pada tahun 1906 kerana berjaya mencatatkan masa terpanjang berada di udara. 

Yang menariknya, pada tahun 1910, beliau menjadi satu-satunya individu kedua di Britain yang dianugerahkan dengan lesen juruterbang pesawat dan juga lelaki Inggeris pertama yang menerbangkan pesawat melintasi Selat Inggeris.

 

Perhentian seterusnya ialah Royal Automobile Club (RAC). Rolls juga merupakan ahli pengasas Automobile Club of Great Britain and Ireland yang kemudian ditukarkan nama kepada Royal Automobile Club (RAC)  pada tahun 1897. 

 

Setiausaha kelab, Claude Johnson, merupakan rakan niaga Rolls dalam perniagaan pengedaran keretanya, C S Rolls & Co, yang kemudian telah dilantik menjadi Pengarah Pengurusan pertama Rolls-Royce.

Seorang ahli daripada kelab RAC merupakan orang yang telah mengaturkan pertemuan bersejarah yang pertama antara Rolls dan Henry Royce di Midland Hotel, Manchester pada 4 Mei 1904.

 

Kemudian, Ghost telah dipandu menuju ke 14 - 15 Conduit Street. Bangunan yang terletak di Conduit Street ini merupakan ibu pejabat West End bagi Rolls-Royce Ltd buat jangka masa yang lama pada abad ke-20. 

 

Di sinilah lokasi pejabat Rolls dan juga tempat pemanduan demonstrasi dilakukan bagi model-model Rolls-Royce daripada tahun 1905 sehinggalah kematian tragis beliau selepas terlibat dalam kemalangan semasa penerbangan pada tahun 1910. 

Pada 22 Mac 2010, kepentingan sejarah bangunan ini diperingati dengan pemasangan tanda 'English Heritage Blue Plaque' yang dirasmikan oleh Lord Montagu of Beaulieu.

 

Akhir sekali, perjalanan Ghost ditamatkan di Berkeley Street.  Terletak berdekatan dengan tempat kelahiran Rolls, ini merupakan salah satu alamat yang paling berprestij di London. Berkeley Street juga turut dianggap ibarat jantung bagi Mayfair.

 

Hari ini, lokasi ini menjadi cawangan terpenting Rolls-Royce di UK.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN5133

SELANGOR

BST3916

JOHOR

JD4711J

PULAU PINANG

PSF2553

PERAK

APL1870

PAHANG

CFH5983

KEDAH

KGH8027

NEGERI SEMBILAN

NEL6509

KOTA KINABALU

SJT8552

KUCHING

QAB4988P

Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.

28-08-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.

28-08-2026
Berita Auto

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.