Tindakan Menguji Kelajuan Kenderaan Secara Haram Akhirnya Membawa Padah!
Keempat-empat pemandu kereta Sport ini mampu membeli kenderaan mewah yang benilai ratusan ribu ringgit namun seolah-olah “tiada otak” kerana sanggup menjadikan jalan raya sebagai litar lumba untuk melepaskan gian ketika hujung minggu.
Nampaknya, sejak kerajaan memberi kelonggaran kepada individu yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, macam-macam perangai netizen sekarang!
Antaranya, kegiatan empat pemandu mewah ini. Pakai kereta mewah tetapi lumba haram dengan lawan arus! Lain macam aktiviti orang kaya sekarang.

Bagaimanapun, aktiviti haram pemandu ini berjaya dihidu Unit Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Kuala Lumpur ketika menjalankan Operasi Khas Samseng Jalanan pada Sabtu lalu.
Hasil risikan polis mendapati keempat-empat pemandu ini sebenarnya sanggup menggadaikan nyawa pemandu lain semata-mata mahu menguji kelajuan kereta masing-masing.
Apa lagi yang tidak puas hati? Kereta mewah memang sahlah laju!
Pada mulanya, pasukan operasi melihat dua kereta jenis Nissan GTR R35 dipandu secara melawan arus didapati berlumba secara sendiri sehingga ke susur keluar kawasan rehat dan rawat (R&R) Awan Besar, Kuala Lumpur.

Tidak lama kemudian, dua lagi kenderaan lain jenis BMW M6 dan Mercedes Benz A14 didapati melakukan aksi sama.

“Pasukan polis mendapati kumpulan ini memecut laju bermula dari KM47.8 hingga ke KM 47.7 lebuh raya berkenaan dan melawan arus di susur keluar dan menghala semula ke tempat permulaan dengan aksi sama sebanyak tiga pusingan.
"Semua suspek kemudiannya dilihat memberhentikan kenderaan di kawasan parkir R&R Awan Besar sebelum mereka diberkas,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain.
-full.jpg)
Semua suspek dikatakan berusia antara 24 hingga 34 tahun.
Kesemua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
