Rolls-Royce Buat Pengumuman Bersejarah!
Perhatian! Rolls-Royce Motor Cars baru sahaja mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan ujian kenderaan elektrik penuh pertama miliknya tidak lama lagi.
Dinamakan sebagai Spectre merupakan edisi pertama yang akhirnya dikatakan telah merealisasikan ramalan awal, pengasas Royce, Charles Rolls dan Henry Royce dimana mereka yakin bahawa kenderaan elektrik Royce akan wujud satu hari nanti.

“Kereta yang dicipta mereka diperkenalkan kepada dunia. Ia menawarkan pengalaman kemewahan sebenar dan menjamin bahawa Rolls-Royce berada di tempat yang tiada tandingan.
“Selepas 117 tahun, kami berbangga untuk mengumumkan bahawa akan memulakan ujian kereta luar biasa ini yang akan meningkatkan revolusi kereta elektrik di seluruh dunia selain merupakan ciptaan pertama, terbaik dan produk yang amat mewah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars, Torsten Muller-Otvos.

Menurutnya, ia bukan sebuah kereta prototaip sebaliknya ialah kereta sebenar.
“Ia akan diuji dan kami akan melakukan penghantaran jentera pertama pelanggan selewat-lewatnya suku keempat tahun 2021,” katanya.
Penggunaan motor elektrik nampaknya tidak asing bagi jenama ini memandangkan Sir Henry Royce pernah mencipta dynamo dan kren elektrik selain pernah mempatenkan lampu gaya bayonet.

Bagaimanapun, jenama ini dikatakan semakin merosot dalam dunia tenaga elektrik untuk seketika sebelum kemunculan kereta elektrik Phantom 102EX pada tahun 2011 dan juga 103EX pada 2016.
Begitupun, tiada banyak maklumat mengenai Spectre namun ia dijangka di bawa masuk ke pasaran pada suku pertama tahun 2023.
Percaya atau tidak, Spectre ini akan menjalani ujian ekstensif sejauh lebih 2.5 juta kilometer yang menggambarkan simulasi penggunaan selama 400 tahun.
Fuh, hebat kan?
Beberapa laporan turut mengatakan bahawa dengan pelancaran Spectre, Rolls-Royce akan dijana elektrik secara sepenuhnya pada tahun 2030.
Selepas itu, jenama itu tidak akan menghasilkan atau menjual sebarang produk enjin pembakaran dalaman.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pelantikan Emma Begley Sebagai Pengarah Komunikasi Global Baharu Rolls-Royce Motor Cars
Rolls-Royce Motor Cars telah melantik Emma Begley sebagai Pengarah Komunikasi Global baharu.
01-07-2022
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

