Perodua Jual Lebih 6,000 Kenderaan Pada Bulan Ogos
Di sebalik pandemik Covid-19, pengeluaran kereta Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) nampaknya, menunjukkan perkembangan positif apabila ia dilaporkan telah mendaftarkan sebanyak 6,988 kenderaan pada Ogos berbanding 655 unit pada bulan Julai.
Seperti sedia maklum, semua operasi Perodua dihentikan berikutan total lockdown yang dikenakan di seluruh negara sejak 1 Jun 2021. Kerajaan terpaksa mengambil langkah itu untuk mengawal penyebaran Covid-19.
“Kami menjangkakan jumlah pengeluaran dan pendaftaran akan meningkat berkali ganda pada September ini apabila keadaan kembali normal,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Setakat ini, Perodua sudah mendaftarkan 104,933 kenderaan untuk suku tahun pertama namun terdapat penurunan sebanyak 12.5 peratus berbanding 119,977 kenderaan yang dijual antara Januari hingga Ogos tahun lalu.
“Kami sedang berusaha untuk mengecilkan jurang ini dengan meningkatkan lagi pengeluaran kenderaan termasuk menambah baik prosedur operasi untuk memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, berdasarkan faktor waktu dan sumber sedia ada, pihaknya berhasrat untuk menurunkan sasaran jualan sebanyak 10.8 peratus kepada 214,000 kenderaan tahun ini berbanding sasaran 240,000 unit yang diumumkan sebelum ini.
Menyentuh mengenai isu kekurangan bekalan semikonduktor, Zainal Abidin berkata, Perodua masih memperolehi bekalan yang mencukupi untuk memastikan pengeluaran berjalan lancar pada tahun ini.
“Keutamaan kami kini adalah memastikan industri automotif dapat terus beroperasi dan bertahan tahun ini.
“Buat masa ini, bekalan cip semikonduktor masih menjadi isu global dan kami bekerjasama dengan rakan kongsi dan pembekal untuk mengehadkan sebarang gangguan yang timbul," ujarnya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
SUV RM80K Paling Masuk Akal? Tengok Dulu Kos Maintenance Sebelum Sign Loan
Dalam harga RM80,000 Untuk SUV Sebegini? Ini Pengalaman Saya Bersama Perodua Traz.
25-09-2026
Tahniah! Betamek Menang Kontrak RM176 Juta Bekal Komponen Model Baharu Perodua
Betamek berjaya memperoleh kontrak bernilai RM176 juta untuk membekalkan komponen elektronik bagi model kereta.
25-12-2025
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!
Perodua membawa masuk warna baharu untuk Perodua Aruz.
14-10-2024
Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE
Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.
28-05-2024
4 Model Perodua Dipasang Secara CKD
Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.
10-05-2024
Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA
Perodua dan PROTON mencatat sejarah tersendiri di mata dunia.
05-07-2023
JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan
Sebab FF2, Tak Pasal-Pasal Kereta Bezza Viral.
30-05-2023
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge