Masih Keliru Dengan SOP Fasa 2? Baca Ini!
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai bilangan kapasiti penumpang di dalam satu kereta terutamanya yang masih berada di bawah Fasa 2 dalam Pelan Pemulihan Nasional (PPN).
Ini kerana orang ramai dilihat masih keliru dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang tempoh PPN ini.
Sebenarnya, jika anda sudah lengkap dua dos suntikan vaksin maka, jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan.

Sebaliknya, untuk mereka yang masih belum lengkap vaksinasi, mereka perlu terus mengikuti pematuhan SOP sebelum ini iaitu hanya dua orang dalam satu kereta dari rumah yang sama untuk membeli barangan keperluan.
Bagaimanapun, kelonggaran juga diberikan kepada yang masih belum lengkap vaksinasi dimana maksimum tiga orang dalam satu kereta bagi tujuan perubatan atau kecemasan, termasuk individu yang memerlukan rawatan.
Di sebalik SOP kereta persendirian, mungkin ada juga yang bertanya mengenai bilangan penumpang teksi dan e-hailling?

Manakan tidak, kebanyakan sektor ekonomi kini telah dibenarkan beroperasi semula dan ramai dalam kalangan kita sudah ke tempat kerja!
Jangan risau, ini kerana bilangan dalam teksi dan e-hailing juga dihadkan kepada dua orang sahaja termasuk pemandu tetapi ingat, penumpang mesti duduk di bahagian belakang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SOP di fasa dua, anda boleh melayari laman sesawang di https://www.kpdnhep.gov.my/doc/SOP%20FASA%202%20PPN%20030921.pdf.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

