Pemandu Lori Bakal Berdepan Dengan Pelbagai Hukuman
Lesen digantung, dibatalkan dan berdepan dengan hukuman penjara!
Itu kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang bakal dikenakan ke atas pemandu lori yang merempuh lima kenderaan di simpang lampu isyarat di Jalan Ipoh semalam.

Sebelum tiga tindakan ini diambil, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyiasat kemalangan itu mengikut audit Tata Amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).
"Jika pengendali kenderaan perdagangan terbabit didapati gagal mematuhi audit ICOP yang juga sebahagian daripada syarat-syarat lesen kenderaan perkhidmatan perdagangan maka, pihak berkuasa akan mengambil tindakan penggantungan atau pembatalan lesen.
“Malah, sekiranya disabitkan di mahkamah mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula, pemandu terbabit boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
![]()
Bagaimanapun, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa pemandu lori berkenaan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM30,000 dan tidak lebih RM50,000.
“Pemandu lori itu bakal hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan.
“Oleh itu, kementerian menegaskan kepada semua pemandu dan pengendali kenderaan perdagangan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi memelihara keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” tegasnya.

Semalam Caricarz melaporkan sebuah lori yang dipandu laju merempuh lima kenderaan lain yang berhenti di simpang lampu isyarat, Jalan Ipoh.
Bagaimanapun, semua pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu bernasib baik kerana terselamat!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat