Bentley Hantar SUV Mewahnya Ke Estet Macallan

Dihiasi dengan perincian bespoke Mulliner, sebuah Bentayga Hibrid telah dihantar ke Estet Macallan yang terletak di Speyside, Scotland.
Kenderaan Utiliti Sukan elektrik tersebut akan digunakan secara eksklusif untuk kawasan harta tanah itu selain membawa orang kenamaan dengan menggunakan jentera ini memandangkan ia mendorong ke arah penyampaian mobiliti mewah yang mampan.
![]()
Ia akan dicas di kawasan yang baru sahaja dipasang dengan pengecas yang menggunakan 100 peratus Tenaga Boleh Diperbaharui Jaminan Asal (REGO) yang diperakui.
Secara keseluruhannya, nilai estetikanya digabungkan dengan warna kawasan estet itu sendiri yang menawarkan pelbagai ekosistem semula jadi.

Kerja-kerja mengecat bahagian luaran ini pula hadir dengan hijau metalik gelakp yang dikenali sebagai Virdian selain dilengkapi dengan spesifikasi Blackline yang menghiasi bahagian luaran.
Jentera ini menggunakan Mulliner Driving Specification selain hadir dengan roda hitam rekaan baharu bersaiz 22-inci.

Menjengah bahagian dalamannya, Bentayga Hibrid yang digunakan untuk Estet Macallan bercirikan perincian yang halus bagi mencerminkan kediaman tersergam itu.
Jentera itu dikatakan memiliki perincian yang sunggu mengagumkan termasuk kemasan jahitan unik, venir kayu, lampu selamat datang jenis LED.

Ia yang menggunakan konsep yang sama untuk bahagian luaran juga jentera ini juga hadir dengan kemasan kulit berwarna ‘Porpoise’ dan ‘Cumbrian Green’ hides serta dipadankan bersama venir berwarna ‘Liquid Amber’.
Keempat-empat tempat duduknya itu dihiasi dengan sulaman Cumbrian Green yang dilihat kontra dengan kemasan kulit Porpoise.

Sementara itu, tempat duduk hadapannya pula dihiasi dengan kayu venir dan tertera perkataan “The Macallan” manakala keempat-empat plat tapaknya juga memiliki reka bentuk yang unik kerana kesemuanya bermotifkan The Macallan.
Di bahagian pembukaan pintunya, ia dihiasi dengan lampu selamat datang LED dimana ia sama seperti lantai di kawasan estet Easter Elchies itu.

Lebih menarik, Bentayga Hibrid baharu ini merupakan siri pertama Bentley yang akan ditempatkan di kawasan Estet The Macallan.
Bagaimanapun, pada tahun ini atau selewat-lewatnya tahun hadapan, Bentayga ini dikatakan akan bergabung dengan Flying Spur Hibrid yang akan dipadankan dengan plat warna sama dan beberapa perincian lain.

Menurut Bentley, pihaknya akan mengantikan sekurang-kurangnya dua buah kereta dalam satu tahun di kawasan estet tersebut dengan memperkenalkan warna dan rekaan terbaharu.
Secara ringkasnya, Bentley Hibrid ini menggunakan 20 peratus elektrik dan pihaknya berhasrat menggunakan 100 peratus elektrik menjelang tahun 2025.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC2391
SELANGOR
BSQ7393
JOHOR
JYY4573
PULAU PINANG
PSC9468
PERAK
APJ1581
PAHANG
CFG7520
KEDAH
KGG4721
NEGERI SEMBILAN
NEK6301
KOTA KINABALU
SJS3770
KUCHING
QAB9744N
Terakhir Kemas Kini 16 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley
Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.
09-02-2026
Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP
Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.
17-11-2025
Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley
Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.
12-09-2024
Flying Spur 2025, Guna Enjin V8
Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.
22-07-2024
Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta
Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.
04-04-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?
Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.
06-09-2022
Berita Terkini
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Chery Malaysia Luas Rangkaian Ke Kulai Bersama Autohub Mobility, Buka Pusat 3S Di Kulai
Chery Buka Pusat 3S Konsep Gen 4.0 Di Selatan.
16-06-2026
Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya
Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.
16-06-2026
Kadar Tambang ECRL Tular Cuma Spekulasi, Harga Rasmi Belum Diumum – MRL
Jangan Percaya 'Kadar Tambang ECRL' Tular, MRL Sahkan Belum Ada Keputusan Rasmi.
16-06-2026
Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari
Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.
15-06-2026
Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"
Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah
15-06-2026
Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?
'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?
12-06-2026
KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.
11-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat