Tayar Terbaharu Michelin: Khas Untuk Pikap dan SUV, Ini Kelebihannya...
MICHELIN baru-baru ini telah memperkenalkan tayar MICHELIN LTX Trail untuk pasaran Malaysia. Tayar terbaharu ini dihasilkan khas untuk kegunaan pikap tinggi (high-rise pickup) dan SUV. Tayar ini memiliki jangka hayat dan ketahanan dari segi keselamatan yang lebih lama, di samping memiliki prestasi pembrekan basah yang mantap.
-full.jpg)
"Di MICHELIN, kami sentiasa berinovasi supaya orang ramai boleh bergerak dengan lebih bebas, selamat dan menikmati kehidupan yang lebih baik semasa bergerak. Michelin LTX Trail yang terbaharu ini ialah satu padanan yang sangat sesuai dengan SUV yang semakin laris (dalam kalangan pengguna), yang mana dijangka akan meningkat sebanyak 5.6% tahun ke tahun, daripada 2021 hingga 2026," ujar Pengarah Pengurusan MICHELIN Malaysia Singapura dan Brunei, Oliver Biggart.
"Sempurna bagi pengguna yang memiliki pikap tinggi 4x2 dan 4x4 serta SUV - seperti Toyota Hilux, Toyota Fortuner, dan Nissan Navara, tayar ini turut dapat memenuhi keperluan pengguna yang perlu menuju ke destinasi on-road dan off-road, untuk tujuan kerja atau keseronokan. Memandangkan MICHELIN LTX Trail dihasilkan untuk pelbagai kegunaan, ia disarankan supaya digunakan di atas jalan raya sebanyak 80% dan off-road pula 20%.
-full.jpg)
"Kami yakin bahawa MICHELIN LTX Trail terbaharu ini dapat memberikan pemandu di Malaysia pemanduan yang selamat dan selesa semasa di atas jalan, untuk apa sahaja permukaan – daripada kawasan bandar, laluan yang basah, lebuh raya, hinggalah kepada off-road yang ringan dan sederhana," tambahnya.
Antara kebaikan MICHELIN LTX Trail ini termasuklah jarak perjalanan atau mileage yang 41 peratus lebih panjang. Jarak ini dapat dicapai dengan adanya RallyForce2 Tread Compound dan juga rekaan bunga tayar baharu dengan Biting Shoulder.
Di samping itu, ia turut memiliki ketahanan keselamatan yang lebih lama dengan adanya Variable Thickness Sipes yang dapat membantu memberikan kereta pengendalian, cengkaman dan prestasi brek yang lebih baik. Bagi kegunaan di atas permukaan jalan yang basah, sekiranya dibandingkan dengan pesaing premiumnya yang lain, MICHELIN LTX Trail berhenti pada jarak 3.1 meter lebih pendek dalam keadaan baharu, 4.6 meter lebih pendek apabila telah mula haus. Namun ia dapat berhenti dalam jarak 3.8 meter lebih pendek di atas jalan kering dalam keadaan baharu.
-full.jpg)
Selain itu, ia turut memiliki tekanan bunyi tahap 4 yang lebih rendah iaitu sebanyak 19.8 peratus disebabkan oleh corak bunga dalam dua bentuk blok berbeza, Duo-Harmony Blocks. Ini dapat memberikan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan tenang kepada penumpang.
Ditawarkan dalam sembilan saiz dan dimensi rim berbeza iaitu daripada 15 ke 18 inci, pembelian MICHELIN LTX Trail boleh dibuat di mana-mana pengedar sah tayar MICHELIN di seluruh negara.
Untuk informasi lebih lanjut, layari michelin.com.my
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Piala Asia Michelin, Johan Pertandingan Berpeluang Ke Abu Dhabi
Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo akan diadakan tidak lama lagi.
29-06-2022
Hyundai Dan Michelin Tires Bekerjasama Hasilkan Tayar EV Canggih
Hyundai Motor Group telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat Michelin Tires untuk membangunkan tayar.
23-06-2022
Tayar Michelin Hadir Dengan Teknologi Keselamatan
Michelin melancarkan tayar terbaharunya, MICHELIN Primacy SUV+.
25-05-2022
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat