Pengeluaran Honda Jazz Bakal Dihentikan?
Saya berasa seolah-olah baru sahaja semalam menghadiri majlis pelancaran Honda Jazz namun sebenarnya model yang dipasang secara tempatan ini telah dilancarkan sejak 18 tahun lalu di Malaysia.Sejak itu, Honda dikatakan telah berjaya menjual lebih 100,000 unit kenderaan itu.
Sebaliknya, timbul khabar angin bahawa pengeluaran Honda Jazz bakal ditamatkan tidak lama lagi. Namun, jangan salah sangka! Ini kerana Honda Jazz masih wujud di Malaysia termasuk di beberapa negara lain.
Misalnya, Singapura dilaporkan menerima Honda Jazz generasi baharu yang diimport sepenuhnya dari Jepun.

Negara itu dikatakan telah menerima tiga varian Honda Jazz iaitu 1.5 Base CVT, 1.5 Home CVT dan e:HEV Luxe Hybrid.
Memetik kenyataan portal berita automatif tempatan, model Honda Jazz yang dilancarkan di Singapura merupakan versi petrol sepenuhnya dan juga versi hibrid.
Model 1.5 Base akan dijual pada harga bermula S$98,999 (RM300,700), manakala model 1.5 Home pula akan dijual pada harga bermula S$101,999 (RM309,800).
Sementara itu, model hibrid Luxe pula akan dijual pada harga S$103,999 (RM315,900).
Bagaimanapun, berbalik ke khabar angin tadi, desas -desus mengatakan bahawa pengeluaran Honda Jazz akan dihentikan tidak lama lagi .
Ada yang mengatakan varian City Hatchback akan menggantikan model Jazz . Buat masa ini, ada dua model yang telah dilancarkan di beberapa negara jiran tetapi belum tiba di Malaysia iaitu Honda City Hatchback dan juga Honda Civic generasi ke-11.

Sementara itu tular sekeping gambar menunjukkan sekumpulan pekerja bergambar di hadapan sebuah Honda Jazz.
Sekeping gambar lain pula menunjukkan satu nota yang tertera perkataan “2012-2021 Honda Jazz Last Production Unit, Bye..Bye.
Bagaimanapun, lokasi gambar dirakam tidak dinyatakan. Sebaliknya, usaha Caricarz! Untuk mendapatkan komen daripada Honda juga gagal.
Bagi pendapat anda, model manakah yang bakal menggantikan Honda Jazz, City Hatchback atau Honda Civic generasi ke-11?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja
Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.
31-12-2025
Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan
Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.
09-09-2025
Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!
Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.
30-07-2025
Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900
Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.
17-07-2025
Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan
Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.
17-06-2025
Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan
Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.
21-05-2025
Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan
MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion
19-05-2025
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge