Hummer H2 Itu Didapati Mengeluarkan Asap Sebelum Terbakar
Berpantang maut sebelum ajal, itulah pepatah tepat menggambarkan tragedi menimpa dua individu yang sempat menyelamatkan diri sebelum kereta Hummer H2 yang dinaiki mereka hangus terbakar di Tol Seafield, Subang Jaya kelmarin.
Cemas dengan kepulan asap yang muncul secara tiba-tiba dari bawah kenderaan itu menyebabkan pemandunya lantas memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan bergegas keluar.
-full.jpg)
Tindakan pantasnya itu nyata menyelamatkan dia dan rakan wanitanya daripada menjadi mangsa kebakaran.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis mengesahkan kejadian itu.
“Kedua-dua mangsa selamat kerana sempat keluar daripada kenderaan terbabit.
“Kebakaran berjaya dipadamkan dengan anggaran kemusnahan kebakaran kira-kira 90 peratus. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.
-full.jpg)
Sementara itu, beberapa keping gambar yang tular di media sosial menunjukkan dua anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran namun kenderaan utliti sukan itu hangus terbakar.
Bagaimanapun, kemalangan itu tidak menjejaskan lalu lintas dan keadaan dilaporkan terkawal.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Super Truck Elektrik, Hummer EV SUV 2024 Terbaharu Daripada GMC
GMC menambahkan lagi model kereta dalam barisan super truck elektrik mereka dengan Hummer EV SUV 2024.
28-04-2021
Berita Terkini
Patutlah Proton Saga Laku Keras, Menang Anugerah Reka Bentuk Terbaik
Proton Saga telah meraih Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA), baru-baru ini.
28-11-2026
BYD Sime Motors Anjur BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE
BYD Sime Motors Anjur Jualan Akhir Tahun BYD Year-End Grand Finale Sale di MATRADE.
27-11-2026
Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

