Mampukah MPV Ini Mencabar Pesaingnya?
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan pelbagai guna yang pertamanya, Hyundai Staria Premium menerusi satu majlis di laman Facebook.
Ia yang berbentuk seolah-olah sebuah van didatangkan dengan hanya satu varian. Ia menawarkan tujuh tempat duduk.
-full.jpg)
Apa yang menarik, kenderaan mewah ini dikatakan bakal bersaing dengan MPV lain seperti Toyota Alphard dan Vellfire.
Sebaliknya sejauh manakah kenyataan ini berasas? Mari kita melihat spesifikasi jentera ini yang hadir dengan rekaan futuristik.
Staria diinspirasikan daripada kapal angkasa dimana anda boleh melihat rekaan futuristik di bahagian hadapannya.
Menjengah bahagian hadapannya, ia hadir dengan gril yang agak besar di bahagian bawah selain dipadankan dengan lampu hadapan LED yang disusun dua baris menegak.
Gril radiatornya tampil dengan rekaan yang agak unik. Untuk makluman anda, Hyundai menggunakan warna badan yang sama untuk semua bahagian hadapan bagi memaksimumkan gaya moden dan tulen kenderaannya.

Malah, terdapat satu garisan silver di bahagian hadapannya menyebabkan ia kelihatan agak elegan.
Bahagian belakangnya pula kelihatan amat ringkas dan rata. Ruang yang besar didominasi oleh bukaan but belakang yang begitu besar, selain dilengkapi dengan lampu LED secara menegak.
Bagi model Premium ini, HSDM memberikan pilihan kemasan luaran sama ada memilih serlahan berwarna tembaga atau kelabu gelap pada emblem, gril, bezel lampu hadapan, bampar, rim, cermin sisi dan pembuka pintu. Menyentuh mengenai rimnya pula, ia didatangkan dengan rim aloi dua tona 18-inci
Melihat pula bahagian cerminnya, ia kelihatan agak pelik namun Hyundai berkata bahawa rekaan cermin tingkap yang bersaiz besar itu sebenarnya diilhamkan oleh seni bina hanok tradisional Korea
Hasil rekaan cermin itu dikatakan bertujuan untuk memudahkan penumpang melihat pemandangan di luar.
Konsep yang sama juga diteruskan di belakang di mana ia menampilkan cermin dan juga pintu tailgate yang besar, permukaan rata, bampar yang cukup nipis disertakan jalur kemasan di bawahnya.
-full.jpg)
Jika luarannya nampak agak pelik namun dalamannya sememangnya selesa dan kelihatan mewah. Ia menampikan sistem infotainmen bersaiz 8 inci selain memaparkan visual dari kamera yang memantau penumpang belakang termasuk paparan meter digital bersaiz 10.25-inci.
Untuk keselesaan, tempat duduk barisan hadapan dan kedua boleh dilaraskan secara automatik, terdapat corong udara yang lebar, butang push-start, dua bumbung suria (sunroof), sistem pendingin hawa dua zon, tirai tingkap, sistem audio 12 speaker Bose, pintu gelangsar dengan sentuhan jari, pad pengecasan tanpa wayar dan sebagainya.
Bahagian pemandu, ia dilengkapi dengan pengecas telefon pintar tanpa wayar, suis tekan untuk menukar gear menggantikan tombol konvensional, brek parkir elektronik dengan fungsi autohold serta cermin pandang belakang elektronik.
Sistem lampu ambien dengan 64 pilihan warna turut dipasang selain kerusinya dibaluti dengan kemasan kulit Nappa dan terdapat pemanas kerusi.

Pengarah Urusan Pengedaran dan Runcit, Jeffrey Gan berkata, pihaknya berhasrat untuk menawarkan pengalaman mewah kepada para pelanggannya.
“Hyundai mahu menawarkan lebih banyak kenderaan premium yang menyediakan ciri inovatif. Staria Premium menerajui sebenarnya evolusi mobiliti Hyundai,” katanya.
Jentera ini dijana dengan enjin 2.2 liter turbodiesel empat silinder berkuasa 177 PS dan tork maksima 431 Nm bermula 1,500 rpm sehingga 2,500 rpm.
Ia dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan bersama pedal penukar gear.
Seperti biasa semua kenderaan dilengkapi dengan aspek keselamatan, begitu juga dengan Staria. Ia dilengkapi sepenuhnya dengan Smartsense Hyundai yang terdiri daripada sistem termasuk Bantuan Pelanggaran Titik Buta, Monitor Pemantau Titik Buta, Bantuan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang, Bantuan Kekal Lorong serta Cruise Control pintar dengan fungsi stop & go.
Sudah pasti, ramai yang tertunggu-tunggu untuk mengetahui harganya. Hyundai Staria ini ditawarkan pada harga RM 358,888 dengan jaminan 5 tahun, tanpa jarak perbatuan.
Di sebalik pelancaran kereta mewah yang dilengkapi dengan teknologi canggih ini, ia dikatakan bakal menggoda para peminat kenderaan MPV di Malaysia.
Apakah pendapat anda dengan MPV terbaharu ini? Mampukah ia mencabar pesaingnya? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hyundai Staria: Model Seperti Kapal Angkasa ini Akan Dilancarkan Di Malaysia
Pengedar rasmi kereta keluaran Hyundai di Malaysia telah mengumumkan bahawa syarikat akan melancarkan MPV mewah.
19-10-2021
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Didedah: Hyundai Tucson 2025 Ditunjuk Kepada Media, Ada 4 Varian, Harga Kekal Misteri
Pihak Hyundai mendedahkan Hyundai Tucson 2025 kepada media.
24-06-2025
Hyundai Motor Malaysia Lancar Platform Media Sosial Baharu - Sedia Ambil Alih
Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah melancarkan halaman media sosial rasmi di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain.
11-06-2025
Era Sime Darby Sebagai Pengedar Eksklusif Tamat, Hyundai Motors Malaysia Ambil Alih!
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) kini tidak lagi disenaraikan sebagai pengedar eksklusif di laman global Hyundai.
28-05-2025
[PANDU UJI] 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Hyundai Tucson 1.6T Max
Ini segalanya yang anda perlu tahu tentang Hyundai Tucson 1.6T Max.
04-08-2024
Hyundai Santa Fe Facelift Bakal Tiba Di Malaysia Sebagai Model CKD
Hyundai Santa Fe generasi keempat versi facelift bakal membuat kemunculan tempatan tidak lama lagi.
04-10-2023
Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.
23-11-2021
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
