- Berita
- Kereta Baru
- Mercedes-Benz GLA CKD 2021 Dilancarkan Di Malaysia: Ciri Seperti Model Import Kekal Tapi Lebih Murah!
Mercedes-Benz GLA CKD 2021 Dilancarkan Di Malaysia: Ciri Seperti Model Import Kekal Tapi Lebih Murah!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mendedahkan dua varian GLA terbaharu yang dipasang di dalam negara (CKD) semasa sesi pelancaran besar-besaran yang diadakan di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac). Turut dilancarkan dalam majlis yang sama, ialah model CKD lain iaitu A-Class Sedan.
-full.jpg)
Dari segi harga, model CKD ini kini lebih murah memandangkan pemasangan kini dilakukan di dalam negara, dan tiada sebarang perubahan dilakukan, ciri kekal sama seperti versi import. GLA 200 Progressive Line kini ditawarkan pada harga RM232,379 (di atas jalan tanpa insurans), dan GLA 250 AMG Line pula pada harga RM266,164 dengan pengecualian cukai SST yang ditawarkan sehingga akhir tahun ini.
-full.jpg)
GLA 200 menggunakan enjin petrol berpengecas turbo 4 silinder 1.3L Renault M282 yang boleh memberi kuasa sehingga 161 hp pada 5,500 rpm dan tork 250 Nm pada 1,620 e 4,000 rpm. Enjin ini digabungkan dengan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan Getrag. Ia boleh memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 8.7 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 210 km/j.
-full.jpg)
-full.jpg)
Sementara itu, GLA 250 pula dikuasakan oleh enjin 2.0L M260 dengan kuasa 222 hp pada 5,500 rpm dan tork 350 Nm antara 1,500 ke 4,500 rpm. Ia menggunakan transmisi DCT lapan kelajuan dan mampu bergerak daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 6.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 240 km/j. Berbeza dengan generasi GLA 250 sebelum ini, versi terkini tidak memiliki sistem pacuan semua roda.
-full.jpg)
Kedua-dua GLA 200 dan GLA 250 dilengkapi lampu depan LED berprestasi tinggi, pakej cermin dan rel bumbung. GLA 200 memiliki ciri luaran sebuah Progressive Line dengan rim aloi dengan lima jejari berkembar bersaiz 18 inci. GLA 250 pula tampil dengan badan AMG Line. Ciri ini dapat dilihat melalui pemasangan spoiler depan, kemasan berwarna hitam berkilat, gril trapezoidal dengan pin krom dan juga rim aloi dua tona rekaan AMG bersaiz 19 inci.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Model ini tampil dengan kelengkapan standard lain iaitu sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dengan paparan kembar instrumen dan infotainmen bersaiz 10.25 inci, kemasukan tanpa kunci, butang push-start, bantuan parkir, kamera undur, pakej Light and Sight, but kereta yang boleh dibuka secara automatik dan juga kerusi depan yang boleh dilaraskan secara automatik dengan fungsi memori.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Kit khas untuk GLA 200 ialah suspensi Comfort, kerusi Comfort dan elemen kemasan berbentuk lingkaran, versi CKD ditambahkan dengan lampu kabus depan. GLA 250 AMG pula menerima suspensi Comfort yang direndahkan, sementara bahagian dalam pula ditampilkan dengan kerusi depan Sports.
Model ini turut dilengkapi stereng jenis rata di bahagian bawah, pedal penukar gear, treadplate dengan iluminasi AMG serta kemampuan untuk menghidupkan enjin dari jarak jauh.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat