Penunggang Basikal Boleh Dikenakan Denda Jika Berbasikal Di Lebuh Raya
Sejak pengumuman rentas negeri yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lalu namun lain pula jadinya, apabila kumpulan basikal dirakam melakukan aksi berbahaya sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Susulan itu, rata-rata warganet merungut dengan tindakan segelintir individu yang berbasikal dengan cara bahaya di lebuh raya.
-full.jpg)
Namun, tahukah anda aktiviti berbasikal sebenarnya tidak boleh dilakukan di kawasan lebuh raya tanpa kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Jika anda didapati melakukan aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihak berkuasa maka, anda boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM5,000.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim.
“Ya, bagi mana-mana penunggang basikal yang gagal mematuhi papan tanda larangan berbasikal dan melakukan aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran PDRM dan LLM maka, mereka berhadapan dengan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.
“Aktiviti berbasikal hanya dilarang di lebuh raya namun masih dibenarkan di kawasan lain. Polis sebenarnya tidak menghalang aktiviti berbasikal namun harus mematuhi aspek keselamatan ditetapkan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu kumpulan berbasikal yang kembali panas di media sosial.
Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Malah, jika penunggang basikal didapati tidak memasang lampu hadapan dan belakang, mereka juga boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Mereka juga boleh dikenakan hukuman yang sama (RM2,000 atau penjara enam bulan) jika basikal yang ditunggang itu tidak mempunyai brek, loceng, menunggang secara berkumpulan iaitu tidak berada dalam satu deretan.

Pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas itu memandangkan sebanyak 150 kes kemalangan membabitkan penunggang basikal direkodkan sejak Januari hingga September lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 71 kes kematian, manakala 24 cedera parah dan 55 lagi cedera ringan.
Ingat, bagi mana-mana penunggang basikal yang mahu berbasikal di lebuh raya, pastikan anda mempunyai surat kebenaran daripada polis atau LLM.
Apapun, jangan langgar undang-undang jalan raya sebelum duit melayang!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

