Porsche Mission R: Konsep Kereta Sport Elektrik Sepenuhnya

Porsche baru-baru ini telah memperlihatkan kepada orang ramai kereta konsep yang dinamakan Mission R, sekaligus mendedahkan kemungkinan teknologi masa depan automotif sewaktu acara IAA Mobility yang berlokasi di Munich, Jerman.
Dihasilkan dengan gabungan teknologi tercanggih dan juga pembangunan mampan, kereta konsep ini tampil dengan rekaan yang progresif.

Pengerusi Lembaga Eksekutif Porsche AG, Oliver Blume berkata, "Porsche ialah sebuah jenama untuk individu yang memenuhi impian mereka. Sama juga seperti dalam sukan motor. Kami merasai kekuatan inovatif kami di atas trek perlumbaan, ini menunjukkan keberanian untuk mengejar 'jalan' yang baharu dan memberikan kepuasan kepada pemilik kereta dengan prestasi yang sporty. Selain terlibat dalam Formula E World Championship, kami turut mengambil langkah besar yang seterusnya dalam mobiliti elektrik. Mission R merangkumi segalanya yang membuatkan Porsche kukuh: prestasi, reka bentuk dan kemampanan."
Selain membayangkan masa depan kereta elektrik sepenuhnya, melalui setup sebagai sebuah kereta yang mengutamakan prestasi, Mission R boleh digunakan sebagai kereta lumba tanpa sebarang kekurangan pada kuasa output.

Ini berjaya dicapai dengan dua buah motor elektrik dan juga sel bateri berkapasiti 80 kWj yang baru dihasilkan. Teknologi ini dilengkapkan dengan inovasi penyejuk minyak secara terus.
Dikuasakan oleh sistem pacuan semua roda, kuasa yang disalurkan ialah setinggi 800 kW (1,088 PS) dan mampu memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa kurang daripada 2.5 saat. Kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah sehingga 300 km/j.

Dalam masa yang sama, kereta konsep Porsche Mission R ini juga mampu memberikan output kuasa tetap 500 kW (680 PS) dalam mod lumba atau Race.
Secara spesifiknya, motor elektrik dengan kuasa 320 kW (435 PS) disalurkan kepada gandar depan, sementara itu 480 kW (653 PS) pula disalurkan kepada gandar belakang.

Model ini turut dilengkapi teknologi canggih 900V dan juga Porsche Turbo Charging, ini membolehkan kereta dicas dalam masa hanya 15 minit daripada 5 ke 80 peratus state of charge (SoC).

Selain tampil dengan teknologi yang inovatif, dalam masa yang sama Porsche tidak mengabaikan penjagaan alam semula jadi. Ini kerana, dalam penghasilan badan kereta konsep ini, Porsche turut memberi penumpuan kepada usaha untuk mengurangkan emisi karbon dioksida dan dalam usaha untuk membangunkan secara mampan.

Material yang digelar Natural Fibre Reinforced Plastic (NFRP) diperbuat daripada serat flaks yang diperoleh daripada aktiviti pertanian banyak digunakan untuk menghasilkan kereta.

Bahagian-bahagian yang dimaksudkan ialah pada luaran kereta seperti bibir spoiler depan, peresap dan skirt tepi. Manakala bahagian dalam pula, flaks digunakan pada panel pintu dan kerusi.
Ciri menarik lain kereta ini ialah dari segi keselesaannya. Bahagian dalam kereta telah direka dengan penuh ketelitian untuk memaksimumkan keselesaan pemandu. Ini dapat dilihat melalui layout atau susun atur kokpit yang berorientasikan pemandu.

Sebagai contoh, paparan diletakkan pada kedudukan yang strategik iaitu berdekatan kawalan pada stereng kereta. Paparan ini menunjukkan data yang penting semasa perlumbaaan.
Monitor pada bahagian atas stereng menunjukkan imej daripada kamera cermin sisi dan juga kamera cermin tengah pandang belakang.


Bukan itu sahaja, ciri keselamatan kereta juga dipertingkat. Dalam hal ini, jurutera dan pereka Porsche telah pun menamakan dan membangunkan struktur bumbung gentian karbon baharu 'exoskeleton' yang tinggi dari segi tahap keselamatannya.

Dari segi saiz, Mission R berkepanjangan 4,326 mm dengan lebar 1,990 mm dan berdiri pada ketinggian 1,190 mm.

Dengan penghasilan kereta konsep Porsche Mission R, peminat kereta lumba sudah boleh mendapat gambaran tentang kemungkinan kemajuan teknologi kereta lumba pada masa akan datang.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Generasi Seterus Porsche 718 Hadir Dalam Versi ICE Selain Elektrik
Porsche 718 akan hadir dalam versi ICE.
15-12-2025
Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang
Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.
21-11-2025
Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta
Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.
29-09-2025
Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik
Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.
12-08-2025
Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche
Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!
17-07-2025
Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025
Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.
11-07-2025
Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!
Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.
07-07-2025
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge