Peminat Kereta Berpeluang Menyaksikan Pelbagai Jentera Luar Biasa Bentley

Bentley di California sekali lagi menjadi destinasi untuk 2,500 peminat kereta Bentley apabila jenama itu bakal menampilkan enam model pada Minggu Kereta Monterey 2021.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bentley, Christophe Georges berkata, selepas mengharungi cabaran pandemik, pihaknya memilih meraikan pelanggannya dengan mempamerkan barisan model baharu.
“Pameran Minggu Kereta Monterey sentiasa menjadi tumpuan dan apa yang istimewa pada tahun ini ialah Bentley akan terus memberikan hasil yang memberangsangkan dalam syarikat sejarah,” katanya.
![]()
Selama empat hari, pameran itu mempamerkan barisan Bentley yang berbeza pada setiap hari selain ia turut menayangkan perincian buatan tangan strategi Beyond100.
Antara yang dipamerkan ialah Bentley Classic, Coachbuilt dan Collections termasuk barisan model hibrid, Flying Spur Hibrid dan Bentayga Hibrid.
Turut dipamerkan ialah Continental GT3 Pikes Peak dan Unifying Spur yang menonjolkan pelbagai strategi.

Malah, Flying Spur Mulliner yang baru dilancarkan juga akan menjadi mercu barisan Flying Spur yang menerapkan perincian unik Mulliner.
Ia menggunakan roda Mulliner 22 inci, gril Double Diamond dan cermin sisi berwarna yang sekali gus menonjolkan Flying Spur tampak lebih elegan.
Bagi menyempurnakan bahagian dalamannya, dipadankan denganciri trim yang lengkap bersama ketukangan tangan Bentley.

Pameran itu turut disertai oleh Continental GT Coupe dan Convertible bagi melengkapkan portfolio Koleksi Mulliner. Portfolio Coachbuilt pula diwakili oleh prototaip pembangunan 'Car Zero' dari projek Bacalar.
khas dicipta sempena pameran itu dimana Bacalar Car Zero dihiasai dengan cat hijau baharu, Scarab. Dengan contoh pertama 12 kereta pelanggan eksklusif, ia kini dihasilkan di bengkel Mulliner.
Bacalar juga digunakan untuk pemanduan demonstrasi dimana ia membabitkan beberapa pelanggannya.

Selain membuat penampilan di 'The Quail, A Motorsports Gathering', Bacalar juga dipamerkan di Concept Lawn di pameran amal automotif, Pebble Beach Concours d'Elegance.
Bagi tarikan terakhir daripada Mulliner ialah portfolio Classic yang hadir dalam bentuk prototaip kejuruteraan Blower Continuation.

Blower Car Zero berjaya melakukan perjalanan 563 kilometer yang meliputi seluruh semanjung itu.
Selain Mulliner, barisan kenderaan hibrid seperti Flying Spur Hibrid dan Bentayga Hibrid turut dipamerkan pada acara berkenaan. Kedua-dua jentera hibrid dikatakan terlibat dalam perjalanan elektrifikasi Bentley dan bakal menjadi BEV pertama menjelang tahun 2025.

Secara keseluruhan, kesemua barisan jentera yang dipamerkan ini akan kembali semula pada pameran Minggu Kereta Monterey pada 15 Ogos tahun hadapan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley
Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.
09-02-2026
Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP
Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.
17-11-2025
Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley
Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.
12-09-2024
Flying Spur 2025, Guna Enjin V8
Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.
22-07-2024
Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta
Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.
04-04-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?
Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.
06-09-2022
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat