- Berita
- Berita Auto
- Volkswagen ID. LIFE Dipertontonkan Di Jerman – EV Serba Canggih Yang Dibangunkan Secara Mampan
Volkswagen ID. LIFE Dipertontonkan Di Jerman – EV Serba Canggih Yang Dibangunkan Secara Mampan

Volkswagen baru-baru ini telah melancarkan sebuah kereta konsep crossover kompak, ID. LIFE. Kereta konsep ID. LIFE telah dipertontonkan kepada orang ramai semasa International Motor Show IAA MOBILITY 2021, Munich, Jerman. Harganya dianggarkan sekitar 20,000 euro.
"ID. LIFE ialah visi kami untuk mobiliti generasi terkini, sebuah kereta urban elektrik sepenuhnya. Kereta konsep ini merupakan previu kepada model ID. dalam segmen kereta kecil yang akan dilancarkan pada tahun 2025, dalam harga sekitar 20,000 euro. Dengan ini, kami memudahkan lebih ramai orang untuk mengakses mobiliti elektrik," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Ralf Brandstätter.
"Dalam penghasilan ID. LIFE, kami memberikan fokus yang konsisten terhadap keperluan pelanggan muda. Kami percaya bahawa lebih-lebih lagi pada masa akan datang, kereta akan lebih berkait dengan gaya hidup dan juga ekspresi peribadi. Pelanggan pada masa akan datang tidak hanya ingin bergerak daripada poin A ke B; mereka lebih tertarik untuk menikmati apa yang boleh ditawarkan oleh sesebuah kereta.


Menurut Volkswagen, kereta konsep ini diinspirasikan daripada varian modular electric drive matrix (MEB) Volkswagen yang lebih kecil. Walau bagaimanapun, ID. LIFE merupakan kenderaan pertama berlandaskan MEB yang hadir dalam versi pacuan roda hadapan.
Kereta ini dikuasakan oleh motor elektrik 172 kW (234 PS) dan boleh memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 6.9 saat. Bukan itu sahaja, bateri bervoltan tinggi 57 kWj membolehkan kereta bergerak sejauh 400 km (WLTP).
"ID. LIFE ialah visi kami untuk mobiliti generasi terkini, sebuah kereta urban elektrik sepenuhnya. Platform ini sesuai untuk pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta kecil hinggalah van. "Ini merupakan seni bina elektrikal yang paling mudah skala (scalable) dalam industri. Kami baru sahaja mula meneroka potensi yang terdapat pada MEB. Prestasi, kapasiti pengecasan dan jarak perjalanan akan terus menunjukkan peningkatan dalam setiap model baharu dan juga kemaskini perisian," ujar ahli lembaga pengurusan untuk pembangunan Volkswagen, Thomas Ulbrich.
Kereta ini dihasilkan dengan menggunakan bahan semula jadi dan kitar semula, misalnya, cat untuk bahagian luar kereta dihasilkan daripada serpihan kayu.

Model ini juga tampil dengan teknologi canggih. Untuk pengetahuan anda, ID. LIFE boleh digunakan sebagai tempat bersantai mononton filem atau ruang untuk bermain permainan video kerana dilengkapi dengan konsol permainan video, projektor dan juga skrin penayangan. Wow! Di samping itu, penumpang boleh menggunakan port kuasa 230V atau 16 amp untuk disambungkan dengan apa-apa peranti yang dibawa. Ciri menarik lain yang dapat memaksimakan keselesaan pengguna ialah kerusi depan dan belakang yang boleh dilipat sepenuhnya.
Sebagai sebuah kereta moden yang dipenuhi ciri inovatif, cermin di luar dan di dalam kereta kini digantikan dengan paparan kamera. Selain itu, terdapat panel sentuhan yang berbentuk heksagon dan juga stereng dengan reka bentuk unik (separuh atau open-top) yang turut tampil dengan kemudahan kawalan pelbagai fungsi penting pemanduan.
Volkswagen menyasarkan peningkatan sebanyak 70 peratus dalam jumlah jualan model elektrik sepenuhnya di Eropah dan 50 peratus di Amerika Utara dan China.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volkswagen Bagi Rebat Angpau RM1K dan Banyak Lagi Sempena Tahun Baru Cina!
Pelanggan Volkswagen berpeluang untuk memenangi rebat angpau bernilai RM1,000 dan banyak lagi!
07-01-2022
Industri Automotif Bantu Mangsa Banjir
Industri automotif tidak melepaskan peluang dengan menawarkan pelbagai diskaun untuk meringankan beban para pelanggannya yang terjejas akibat banjir.
22-12-2021
Sedan Elektrik Sporty, Volkswagen ID.7 GTX Didedahkan – Jarak EV 595 KM, Capai 335 HP!
Volkswagen memperluaskan barisan model ID.7 dengan pengenalan versi prestasi, Volkswagen ID.7 GTX untuk sedan fastback elektrik ID.7.
06-06-2024
Versi Elektrik: VW ID.GTI Concept
Model konsep VW ini akan memasuki pengeluaran dalam tiga tahun lagi.
06-09-2023
VW Reka Kerusi Pejabat Canggih, Boleh Gerak Selaju 20km/j
Volkswagen cipta kerusi pejabat elektrik yang cukup unik dan pelik.
15-11-2022
Laporan: Model R Volkswagen Elektrik Sepenuhnya Menjelang 2030
Volkswagen mendedahkan bahawa syarikat akan mengeluarkan kereta elektrik sepenuhnya mulai tahun 2035.
27-10-2022
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge