4 Model Tesla Ini Tersenarai Antara 10 EV Terlaris Di Amerika Syarikat
Kereta keluaran Tesla telah berjaya berada di kedudukan 10 teratas sebagai model kereta elektrik paling terkenal di Amerika Syarikat dalam jangka masa tiga tahun ini dengan jumlah jualan mencecah 430,000 unit, berdasarkan analisis terkini dikongsikan oleh BuyAutoInsurance.com.
Kogod School of Business' 2021 Made in America Auto Index telah menyenaraikan Tesla Model 3 di tempat ketiga, Model S dan Model Y berkongsi tempat kelima dan Model X di tangga kelapan.


Tesla Model 3 dicatatkan sebagai EV terlaris dengan jumlah jualan hampir 300,000 unit. Model 3 terkenal dalam kalangan pembeli kerana harganya yang rendah iaitu USD$ 35,000 (RM 146142.50). Jualan model ini berjaya mengalahkan Nissan Leaf sebagai kereta elektrik plug-in terlaris sepanjang masa di peringkat dunia.

Faktor lokasi kilang dikatakan sebagai punca utama mengapa Tesla berjaya mendominasi senarai ini. Untuk pengetahuan anda, Tesla menghasilkan kesemua model yang dijual di Amerika Syarikat di kilang yang berlokasi di Fremont, California. Dalam pemasangannya, sebahagian besar daripada komponen yang digunakan adalah daripada pembekal tempatan.

Secara spesifiknya, 65 peratus daripada komponen yang digunakan untuk menghasilkan Tesla Model 3 (Long Range, Standard Range dan Performance) dibekalkan dari Amerika Syarikat dan Kanada. Model 3 dikalahkan oleh Ford Mustang GT 5.0L (77 peratus, di tempat pertama dalam senarai) dan Chevrolet Corvette Stingray (72 peratus, di tangga ke-2). Tesla Model S dan Model Y mendapat skor sebanyak 60 peratus, sementara itu, Model X pula menggunakan 55 peratus komponen yang dibekalkan dari Amerika Syarikat dan Kanada.




Tesla juga berada di tangga pertama dengan purata skor 81 peratus dalam indeks TDC yang mana Model 3 berada di kedudukan teratas sebagai model dengan TDC tertinggi (82.5). Ini diikuti oleh Model S dan Model Y (masing-masing mendapat skor 80) dan Model X (77.5).






Kedua-dua model ini berjaya mengalahkan jualan pesaing lain iaitu Chevrolet Bolt EV, Nissan Leaf, Ford Mustang Mach-E, BMW i3s, Kia Niro EV dan Lexus UX yang berada di tangga ke-98.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2481
SELANGOR
BSP195
JOHOR
JYU4360
PULAU PINANG
PSB2741
PERAK
APG4968
PAHANG
CFG1528
KEDAH
KGF2077
NEGERI SEMBILAN
NEJ9820
KOTA KINABALU
SJR2831
KUCHING
QAB5253N
Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Jangan Takut Kalau Nampak Polis di Stesen Minyak! Ini Sebab Sebenarnya Mereka Ada Di Sana
Kenapa Tiba-tiba Ada Polis di Stesen Minyak?
11-04-2026
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?
Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang
10-04-2026
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV
Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.
10-04-2026
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia
Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.
09-04-2026
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.
09-04-2026
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Harga minyak tanpa subsidi semakin melambung.
08-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
