Mulsanne Grand Limousine Merupakan Model Saloon Mewah Terpanjang Di Dunia
Satu hasil karya sejarah automotif yang merupakan salah satu model jarang ditemui, Bentley Mulsanne Grand Limousine kini dijual untuk umum.
Dibina oleh Mulliner pada 2015, hanya lima unit limosin mewah Bentley itu dihasilkan setakat ini.
![]()
Produk pertama binaan kustom yang agak unik itu direka untuk para pelanggan yang mencari limosin mewah.
Lebih menarik, ia yang dihasilkan dengan buatan tangan menonjolkan kemahiran dan kebolehan luar biasa.
Untuk disesuaikan dengan cita rasa pelanggannya, contoh yang tersedia untuk dijual masing-masing mempunyai identiti dan spesifikasi unik mereka sendiri.

Misalnya, salah satu daripada lima limosin itu dihiasi dengan kemasan Frost Silver di atas cat luaran Moroccan Blue selain dipadankan dengan kabin dalaman Imperial Blue dan Linen yang dilengkapkan dengan venir Burr Walnut.
Kedua, ia disaluti dengan cat Black Crystal dan digandingkan dengan kulit Twine dan Damson manakala dalamannya pula dihiasi dengan venir Dark Stained Burr Walnut.
Ketiganya, ia didatangkan dengan cat luaran Candy Red dengan kemasan dalaman Hotspur dan Camel serta disempurnakan dengan kemasan venir Olive Ash.
Keempat pula, ia didatangkan dengan warna Light Gazelle, bersama kemasan dalaman kulit Fireglow dan Twine. Ia juga dipadankan dengan venir Bur Walnut.
Akhir sekali ialah luaran Black Sapphire yang didatangkan dengan kemasan dalaman Imperial Blue dan Camel yang berbeza dengan venir Dark Stained Burr Walnut.

Bercakap mengenai kemasan dalamannya, Mulsanne Grand ini dibina untuk empat penumpang di belakang bagi memberikan keselesaan yang sama rata.
Susunan tempat kerusinya diilhamkan menerusi penerbangan persendirian yang mewah memandangkan dua tempat duduk menghadap ke belakang bagi membolehkan penumpang bercakap secara bersemuka.
Bagi menekankan pengalaman mewah yang sebenarnya, alat pendingin botol terletak di antara tempat duduk paling belakang dan kabinet minuman dengan gelas kristal yang dipesan khas duduk di antara tempat duduk menghadap belakang.
Malah, setiap tempat duduk dilengkapi dengan meja lipat untuk membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan selesa ketika dalam perjalanan.
Meja-meja ini dilengkapi dengan pengecasan iPad, serta kemasan venir kayu.
Kehebatan ketukangan Bentley dipertingkatkan lagi dengan tiga dail buatan tangan yang menunjukkan waktu UK dan waktu tempatan selain suhu luaran.

Bahan material yang terbaik digunakan bagi melengkapkan kawasan sekelilingnya selain menggunakan kemahiran kemasan kulit dan kayu yang terkenal di dunia.
Ia juga dilengkapi dengan teknologi bespoke seperti sistem pemanasan dan penghawa dingin yang dibina oleh Bentley Mulliner secara khusus hanya untuk limosin ini.
Hadir dengan dua zon berasingan, ia menyediakan kawalan iklim mikro untuk setiap empat penumpang belakang sekali gus tidak akan menjejaskan perjalanan mereka.
Selain dilengkapi dengan ciri digital, limosin ini juga dikatakan hadir dengan sistem interkom yang bertujuan untuk berkomunikasi dengan pemandunya.

Lebih menarik, kabin dalaman antara tempat duduk hadapan dan belakang dilengkapi dengan kaca elektrochromatic pintar dimana ia membolehkan penumpang menukar skrin kaca pembahagi dari jernih kepada gelap dengan hanya menekan butang.
Untuk makluman, teknologi ini diigunakan buat pertama kali dalam Bentley.
Pendek kata, ia bukannya seperti limosin tradisional memandangkan telah direka bentuk dengan teliti untuk mengekalkan keaslian nilai estetika Mulsanne.

Oleh itu, ia menjadi limosin terpanjang di dunia, dengan bentuknya disesuaikan dengan begitu cantik mengikut panjang jarak rodanya.
Malah, model yang diregangkan ini terletak di antara casis dan suspensi dimana ia direka semula secara khususnya oleh Bentley.
Limosin Grand ini telah diregangkan sejauh 1 meter selain ruang kepala di bahagian kepala ditingkatkan kepada 79mm bagi tujuan keselesaan penumpang.

Menyentuh mengenai prestasi jentera mewah ini, ia menggunakan enjin 6.75 liter V8 turbo berkembar yang berupaya menghasilkan 505 kuasa kuda dan 1,020 Nm.
Bagi menyempurnakan ciri kemewahan jentera ini, ia menggunakan satu set roda 21-inci unik yang telah diubah suai supaya ia sepadan dengan cat luarannya selain ia juga digandingkan dengan maskot bonet Flying 'B'.

Ketika ini, ia boleh dibeli melalui rakan kongsi Bentley di Emiriah Arab Bersatu dimana ia bersedia melakukan penghantaran di seluruh dunia.
Bagaimanapun, pengeluaran Mulsanne telah dihentikan tahun lepas kerana mahu memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan kereta Bentley ikonik yang moden dan bersejarah ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley
Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.
09-02-2026
Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP
Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.
17-11-2025
Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley
Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.
12-09-2024
Flying Spur 2025, Guna Enjin V8
Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.
22-07-2024
Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta
Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.
04-04-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?
Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.
06-09-2022
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge