Bermulanya Era Baharu Opel Astra
![]()
Pengeluar kereta Jerman, Opel, kini tampil dengan model terbaharu Astra yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi inovatif.
Ditayangkan kepada umum buat julung kalinya pada bulan Oktober lalu di Rüsselsheim, model generasi terbaharu yang terlaris dalam kelas kompaknya ini kini sudah boleh mula ditempah.

Ketua Pegawai Eksekutif Opel, Uwe Hochgeschurtz berkata, "Reka bentuk Opel Astra yang berani dan tulen ini akan menggembirakan ramai pelanggan. Selain itu, model kompak baharu kami juga menawarkan lebih banyak lagi (ciri menarik), terutamanya dari segi penjimatan, digabungkan dengan pelbagai teknologi inovatif dan jenis trenkuasa, daripada petrol, diesel hinggalah kepada plug-in hibrid. Dari awal tempahan lagi, pelanggan kami boleh memilih jenis trenkuasa yang tepat bergantung kepada minat dan profil pemanduan. Elektrik, efisien dan menyeronokkan, itulah (definisi) Astra yang terbaharu."
Ditawarkan pada harga yang sama dengan model terdahulu, kereta lima pintu ini boleh dibeli pada harga EUR 22,465 (kira-kira RM 107,107) di Jerman.

Kereta ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.2L, 3 silinder turbo dengan sistem suntikan terus yang boleh menghamburkan kuasa maksimum mencapai 81 kW (110 hp).
Enjin ini dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan, dengan kadar penggunaan bahan api sebanyak 5.4-5.5L/100km dan emisi karbon 123-126 g/km berdasarkan WLTP.

Untuk keluaran kali ini, daripada awal pelancaran lagi, Astra terbaharu ini turut hadir dalam versi elektrik yang berharga EUR 35,800 (kira-kira RM 170,717).
Walau bagaimanapun, selepas ditolak dengan bonus alam sekitar (Environmental Bonus), harga jualan Astra Hybrid hanyalah EUR 28,622.50 (kira-kira RM 136,490).

Kuasa yang tinggi dengan kadar efisien maksimum dijanjikan bagi versi ini. Sistem hibrid ini mampu mencapai kuasa output lebih tinggi berbanding versi petrol dengan kuasa maksimum 133 kW (180 hp) dan tork maksimum 360 Nm.
Berdasarkan kitaran WLTP, Astra Hybrid memiliki kadar penggunaan bahan api gabungan 1.0-1.1L/100km dan emisi karbon daripada 22-26g/km.

Dari segi jarak perjalanan, dalam mod elektrik sepenuhnya, Astra Hybrid boleh melalui perjalanan sejauh 60 km tanpa emisi.
Sementara itu, untuk versi hibrid tertinggi model ini, kuasa output yang boleh dicapai ialah 165 kW (225 hp).

Kadar penggunaan bahan apinya ialah daripada 1.1-1.4/100 km dengan kadar emisi karbon daripada 24-31 g/km (WLTP).
Bermula tahun 2023, model bateri-elektrik Opel-Astra-e akan menyempurnakan lagi portfolio syarikat.

Dari segi rekaannya, ia tampil bergaya dengan pelbagai kelengkapan canggih.
Astra kini hadir dengan wajah jenama terkini, Opel Vizor, dengan reka bentuk yang lebih dinamik, tanpa elemen yang terlalu berlebihan.

Ciri paling menyerlah pada bahagian luar model ini ialah penggunaan lampu piksel LED Intelli-Lux adaptif dan bebas silau.

Sistem ini datang daripada model andalan Opel, Insignia dengan elemen 168 LED, ia merupakan peneraju dalam kelas kereta kompak dan kereta bersaiz sederhana.
Bergerak ke bahagian dalam, dapat dilihat pelbagai ciri moden. Pemandu akan terus melihat ciri yang menyerlah di ruangan kabin iaitu paparan digital sepenuhnya Pure Panel yang beroperasi seperti sebuah telefon pintar yang lebar.

Tetapan kereta yang lain seperti iklim masih boleh dikawal dengan menggunakan suis.
Untuk keselesaan, tempat duduk yang digunakan tampil dengan ciri selesa yang disahkan oleh AGR (Aktion Gesunder Rücken e.V.) bagi tempat duduk depan.

Di samping itu, keselesaan pemandu dimaksimumkan lagi dengan sistem bantuan canggih seperti paparan-di-kepala dan juga pandangan keliling 360 darjah (Intelli-Vision).
Ciri tambahan lain selain daripada sistem standard ialah amaran pelanggaran hadapan dengan brek kecemasan automatik, pengesan pejalan kaki, amaran keluar lorong, tanda kelajuan dan pengesan mengantuk.
Opel Astra versi lima pintu akan mula dihantar kepada pelanggan pada awal tahun 2022 dan bakal diikuti oleh model yang sporty dan elegan, Opel Astra Sports Tourer.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT1854
SELANGOR
BSN9734
JOHOR
JYU4127
PULAU PINANG
PSB2566
PERAK
APG4843
PAHANG
CFG1471
KEDAH
KGF1826
NEGERI SEMBILAN
NEJ9761
KOTA KINABALU
SJR2757
KUCHING
QAB5238N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Rekaannya Yang Cukup Menakjubkan
Opel akhirnya memperkenalkan secara rasmi Astra Sports Tourer baru-baru ini.
09-04-2022
Opel Astra Dihasilkan Di Russelheim, Tampil Dengan Pelbagai Ciri Ekstra
Artikel ini mendedahkan ciri menarik Opel Astra.
06-04-2022
Jerman Benarkan Remaja Umur 15 Tahun Pandu EV Opel Rocks-E. Ini Ciri Menarik EV Tersebut
Opel, baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran model kereta keluaran terbaharu, Rocks-e.
31-01-2022
Rekaannya Yang Cukup Menakjubkan
Opel akhirnya memperkenalkan secara rasmi Astra Sports Tourer baru-baru ini.
09-04-2022
Opel Astra Dihasilkan Di Russelheim, Tampil Dengan Pelbagai Ciri Ekstra
Artikel ini mendedahkan ciri menarik Opel Astra.
06-04-2022
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat