Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mazda CX-5? Baca Ini!

Mazda CX-5 yang dilancarkan baru-baru ini dilaporkan menerima beberapa ciri penambahbaikan.
Ia menayangkan ciri-ciri terbaharunya: penampilan luaran yang telah ditambahbaik, suspensi enjin juga dinaik taraf selain didatangkan dengan teknologi pemanduan dan keselamatan yang terbaharu.
Mazda dikatakan telah mengambil masa untuk mereka semula reka bentuk jentera itu. Ia didatangkan dengan warna yang lebih terang dan reka bentuknya agak sporty untuk model 2.5 turbo.
Untuk makluman anda, warna signatur Mazda kali ini ialah Soul Red Crystal yang merupakan warna standard.
Model yang disegarkan semula ini menampilkan rekaan yang lebih minimalis apabila sayap signaturnya merentangi sehingga ke luar.
Ia kemudian dipadankan dengan plat tiga dimensi dimana ia digandingkan pula dengan gril hadapan hitam glossy.

Malah, ia juga didatangkan dengan sepasang lampu hadapan LED baharu bagi memberikan penglihatan yang cukup maksimum untuk pemandunya.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pintu belakang berkuasa dengan fungsi ketinggian boleh atur cara.
Hadir dengan rim aloi bersaiz 19 inci menyebabkan ia kelihatan serasi dengan bampar berwarna dan menonjolkan lagi pandangan arka roda.
Nampaknya, rekaan bergaya CX-5 ini turut diteruskan di bahagian dalamannya apabila kerusinya dibaluti dengan kulit Nappa dan dihiasi dengan jahitan dan aksen merah.
Ia juga dilengkapi dengan penyandar tangan di bahagian tengah bersama pemegang cawan dan dua pengecas port USB, manakala saluran penghawa dingin pula terletak di tengah-tengah tempat duduk penumpang.

Sementara itu, sistem infotainmen Mazda CX-5 pula terdiri daripada MZD Connect yang merangkumi Pemantau Pandangan 360, paparan skrin sentuh berwarna bersaiz 10.25 inci yang didatangkan dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Jentera ini juga hadir dengan Paparan Pemanduan Aktif yang ditayangkan di cermin hadapan yang menunjukkan menunjukkan maklumat penting.
Pemilihan mod pemanduan Mazda intelligent Drive Select (Mi-Drive) membolehkan para pemandunya boleh menukar mod pemanduan dengan hanya satu sentuhan.
Jentera ini menawarkan pemanduan yang cukup lancar memandangkan ia menggunakan transmisi automatik enam-kelajuan.Sistem suspensi yang telah direka semula kepada struktur kawalan yang lebih perlahan. Ini menyebabkan bunyi bising dapat dikurangkan manakala para penumpang boleh menikmati perjalanan yang lebih selesa.

Menyentuh mengenai ciri keselamatan, CX-5 ini dilengkapi dengan beg udara, sensor parkir belakang, Isyarat Berhenti Kecemasan, Kawalan Stabiliti Dinamik, Sistem Kawalan Cengkaman, Bantuan Brek Kecemasan dan Agihan Daya Brek Elektronik.
Satu lagi teknologi keselamatan canggih yang ditawarkan ialah Mazda’s Traffic Jam Assist (CTS) yang meningkatkan kawalan jelajah radar dengan bantuan steering berkelajuan rendah pada 64 kilometer sejam.
Sistem i-ACTIVENESS juga membantu para pemandu mengelak sebarang kesan yang bahaya.

Mazda dikatakan telah memutuskan untuk menyeragamkan semua kereta dengan menggunakan sistem i-Activ AWD untuk menyokong jenama itu, di mana sistem itu membolehkan pemandu melayari dalam pelbagai keadaan pemanduan.
Jadi, apakah pendapat anda mengenai CX-5? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

