- Berita
- Berita Auto
- Porsche Taycan Terkini: Canggih & Boleh Ditempah Dalam Apa Sahaja Warna Diinginkan!
Porsche Taycan Terkini: Canggih & Boleh Ditempah Dalam Apa Sahaja Warna Diinginkan!
Porsche Taycan dan Taycan Cross Turismo generasi terbaharu dikatakan telah ditambah baik dalam pelbagai aspek.
Secara umumnya, kereta sport elektrik keluaran Porsche ini kini boleh bergerak lebih jauh daripada model generasi sebelumnya, ia juga kini tampil dengan beberapa kemas kini sistem terbaharu dan ditawarkan dalam lebih banyak pilihan warna.
Naib presiden Porsche bagi model Taycan, Kevin Giek berkata, "Taycan generasi terbaharu ini menarik dari segi sambungan telefon pintarnya yang lancar, yang kini termasuk Android Auto. Kereta elektrik sepenuhnya, Taycan ini semakin bertambah maju. Cross Turismo terbaharu yang telah dimasukkan ke dalam barisan model ini pada musim bunga, terbukti popular dalam kalangan pelanggan, ini ditunjukkan daripada bilangan tempahan yang tinggi."

Model terbaharu ini kini tampil dengan lebih banyak varian. Jarak perjalanan model ini juga dikatakan lebih jauh berbanding generasi sebelumnya, ini disebabkan oleh kemajuan teknologi yang telah berjaya dicapai hari ini.

Selain itu, pengurusan haba dan fungsi pengecasan juga telah ditingkatkan secara signifikan.
Dengan menggunakan Turbo Charging Planner, bateri bervoltan tinggi ini boleh dipanaskan untuk meningkatkan suhu dan membolehkan peranti dicas dengan lebih laju.
Baki haba daripada komponen elektrik kereta tidak disia-siakan begitu sahaja, haba ini dimanfaatkan untuk mengawal suhu bateri kereta.
Seterusnya, peningkatan dari aspek sistem kereta. Taycan generasi terbaharu kini hadir dengan ciri bantuan pemandu iaitu bantuan parkir jarak jauh.

Ciri baharu ini memudahkan kereta untuk diparkir dari jarak jauh melalui aplikasi dalam telefon pintar.
Sistem ini boleh digunakan untuk kedua-dua jenis parkir sama ada parkir melintang ataupun parkir jenis selari termasuklah parkir dalam ruang tertutup seperti garaj.
Sistem akan mengesan secara automatik ruang parkir yang disediakan sebelum mengukur saiz ruang dengan menggunakan sensor ultrasonik dan kamera.
Jika ada ruang yang cukup, pemandu boleh memulakan proses parkir melalui aplikasi Porsche Connect sebelum keluar daripada kereta.

Menggunakan telefon pintar, pemandu boleh memantau proses parkir dengan menekan butang yang dipaparkan dalam aplikasi.
Selagi mana butang ini ditekan, kereta akan bergerak ke hadapan dan ke belakang untuk masuk ke dalam petak parkir. Bila butang ini dilepaskan, pergerakan kereta akan berhenti walaupun proses parkir masih belum selesai.
Seterusnya ialah dari aspek infotainmen, sistem yang digunakan ialah Porsche Communication Management generasi yang keenam (PCM 6.0).
Daripada keluaran yang terawal lagi, model ini boleh diintegrasikan dengan Apple Music dan Apple Podcasts.

Terkini, Taycan sudah boleh disambungkan dengan Android Auto dan juga Apple CarPlay.
Fungsi telefon dan aplikasi telefon pintar tertentu yang tidak bahaya untuk digunakan semasa memandu kini boleh berfungsi melalui PCM 6.0 atau arahan suara Google Assistant.
Selain itu, sistem Voice Pilot kereta ini kini sudah semakin pintar kerana boleh memahami arahan yang diberikan dengan menggunakan bahasa yang lebih santai.
Di samping itu, sistem navigasi satelit kereta kini mampu memproses maklumat lokasi dengan lebih pantas dan dapat memaparkan informasi dengan lebih jelas berbanding sebelum ini.
![]()
Akhir sekali, warna ikonik Porsche kini kembali ditawarkan. Selain 17 warna standard yang ditawarkan, terdapat pilihan warna yang boleh ditempah khas melalui program pemilihan warna Paint to Sample dan Paint to Sample Plus.
Program Paint to Sample daripada Porsche Exclusive Manufaktur ini membolehkan pembeli kereta memilih mana-mana daripada 65 warna tambahan yang ditawarkan. Antara warna yang ada adalah seperti Moonlight Blue Metallic, Acid Green, Rubystar Red, Riviera Blue dan Viola Metallic.

Sementara itu, program Paint to Sample Plus pula membolehkan pembeli kereta memilih apa sahaja warna yang diinginkan dan dalam masa yang sama boleh dipadankan dengan aksesori kereta yang lain.
Macam mana? Ada yang tertarik untuk beli kereta mewah ini?
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Generasi Seterus Porsche 718 Hadir Dalam Versi ICE Selain Elektrik
Porsche 718 akan hadir dalam versi ICE.
15-12-2025
Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang
Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.
21-11-2025
Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta
Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.
29-09-2025
Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik
Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.
12-08-2025
Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche
Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!
17-07-2025
Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025
Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.
11-07-2025
Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!
Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.
07-07-2025
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

