Bangunan Tersergam Ini Dikelilingi Dengan Pemandangan Indah
Porsche akhirnya membuka Porsche Experience Centre (PEC) yang kesembilan di bandar Kisarazu, Tokyo baru-baru ini.

Pusat PEC itu dibina di atas tapak seluas 43 hektar yang menggabungkan keindahan semula jadi Kisarazu dan pemandangan indah negara matahari terbit itu.

Ahli lembaga eksekutif bagi jualan dan pemasaran Porsche, Detlev von Platen menyifatkan Porsche adalah mengenai pengalaman pelanggan yang unik.
“Kami di PEC di seluruh dunia menerapkan pendekatan ini yang tidak akan dijumpai di mana-mana tempat lain di dalam dunia automotif ini,” katanya.

Di Porsche Experience Centre (PEC), para penggemar kereta Porsche dari Jepun boleh berhubung dengan peminat jentera mewah itu di seluruh dunia selain berpeluang menikmati pengalaman pemanduan emosi dalam persekitaran yang sangat indah.
Melihat bahagian luarannya, bangunan itu menampilkan rekaan yang diinspirasikan berdasarkan kraf tradisional Jepun, Edo Kiriko.

Ia menampilkan garisan penjurunya yang dipanggil ‘Yaraimon’ dimana ia menghasilkan corak tersendiri.
Sebaik melangkah masuk ke dalam bangunan itu, ia menggayakan imej plaster dan juga taman Jepun.

Dalam pada itu, pusat berkenaan turut menawarkan pelbagai kemudahan seperti kursus 3D dan enam modul latihan pemandu.

PEC terbaharu ini akan mempunyai litar sepanjang 2.1 km yang menghasilkan semula selekoh terkenal dari beberapa litar lumba di seluruh dunia seperti di Litar Nürburgring Jerman dan di Litar Laguna Seca, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, ciri yang paling ketara dalam kursus ini ialah penggunaan topografi semula jadi untuk mencipta trek 3D yang unik bagi menawarkan pengalaman pemanduan dari segi ketinggian pada trek.
Seterusnya ialah laluan off-road yang mencabar kerana pemandunya perlu mengharungi tebing curam yang berukuran sehingga hampir 40 darjah, di mana pemandu boleh mengalami prestasi Cayenne dan Macan.

Di kawasan dinamik pula, para pengunjung berpeluang melakukan pemanduan slalom, brek penuh, dan latihan kawalan pelancar dengan menggunakan ciri jalan kering.
Apa yang lebih menarik, terdapat pilihan yang dikenali sebagai dipanggil sistem pembasahan dimana ia akan membasahi permukaan jalan konkrit bagi melakukan latihan mengawal kereta.
Akhir sekali ialah PEC ini juga memberi peluang kepada para pengunjungnya untuk merasai sendiri pemanduan geseran rendah selain melakukan aksi drift di laluan yang selamat.

Jika pengunjung teragak-agak untuk melakukan aksi berkenaan, pihak pengurusan PEC turut menyediakan jurulatih pemandu Porsche veteran untuk membantu pengunjung mengasah kemahiran pemanduan mereka.
Selain berpeluang menikmati pengalaman pemanduan di PEC, terdapat beberapa kemudahan seperti kafe, restoran dan kedai Pilihan Pemandu Porsche.
![]()
Ini bermakna, PEC membuktikan ia menawarkan konsep unik dalam industri automotif dan menawarkan pengalaman pemanduan yang cukup mengagumkan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge