Untuk Permulaan, Selangor Akan Pasang 1,000 Stesen Pengecasan EV Pada Tahun 2022
Buat warga Selangor yang berhasrat untuk membeli kenderaan elektrik (EV), ini berita baik buat anda semua!
Untuk makluman anda, kerajaan negeri Selangor berhasrat untuk memasang sekurang-kurangnya 10,000 stesen pengecasan EV menjelang tahun 2025.

Bagaimanapun sebagai permulaan, sebanyak 1,000 stesen pengecasan pertama dijangka akan dipasang pada tahun hadapan.
Perkara itu diutarakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan 2022 Negeri Selangor semalam.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan stesen EV, pihaknya telah berkolaborasi dengan beberapa sektor swasta dimana ia membabitkan pelaburan sebanyak RM10 juta
Menurutnya, Selangor mahu menjadi perintis dalam penggunaan EV bagi semua jenis kenderaan termasuk bas, lori, van dan lori sampah.
Lebih menarik, bagi menggalakkan penggunaan EV, kerajaan Selangor turut berhasrat untuk menyediakan beberapa insentif kepada perniagaan dan industri yang telah melabur dalam projek infrastruktur EV.

“Insentif itu termasuk pengurangan yuran perniagaan dan cukai taksiran. Selain itu, bayaran parkir yang terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan juga akan dikecualikan bagi pengguna EV pada 2022,” katanya.
Dalam perkembangan lain, percaya atau tidak, kira-kira 3.78 juta kenderaan di seluruh negara masih belum memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) sehingga 15 November lalu.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadli Ramli.
Susulan itu, pihak JPJ menjangkakan akan berlaku kesesakan luar jangka untuk proses berkenaan menjelang tarikh akhir pada 31 Disember nanti.
Bagi menyelesaikan serbuan berlaku pada saat-saat terakhir, JPJ akan membuka semua kaunternya di seluruh negara pada hujung minggu mulai hari ini dalam usaha mengurangkan kesesakan bagi urusan memperbaharui LKM.

Bagaimanapun, anda masih boleh memperbaharui lesen LKM memandangkan tempoh moratorium lanjutan pembaharuan LKM akan berakhir pada 31 Disember ini.
Jadi, tunggu apa lagi, perbaharui lesen LKM anda hari ini!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bas EV Kurangkan 700kg Karbon Dioksida Sehari Di Shah Alam
Penggunaan bas elektrik dapat mengurangkan pencemaran udara.
25-02-2025
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

