Abaikan Arahan Marsyal, Jika Tiada Polis!
Pernahkah anda diarahkan oleh pengiring atau ‘marsyal’ konvoi motosikal berkuasa tinggi untuk memperlahankan atau mengetepikan kenderaan bagi memberi laluan kepada konvoi mereka?
Jika ya, anda sebenarnya boleh membuat laporan polis berhubung tindakan mereka itu. Ini kerana marsyal tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan, melencongkan kenderaan atau mengawal lalu lintas.
Lagipun, arahan sedemikian (memberhentikan kenderaan) hanya boleh dilakukan oleh anggota trafik dan bukannya orang awam! Jadi, abaikan arahan marsyal jika tiada kelibat polis.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, setiap kumpulan konvoi yang mahu menggunakan khidmat pengiring atau 'marsyal' perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan mendapat surat kebenaran polis.
“Malah, setiap permohonan perlu disertakan alasan kukuh mengenai keperluan marsyal dan sebarang tindakan menjadi pengiring konvoi tanpa kebenaran polis adalah salah mengikut undang-undang,” katanya.
Untuk makluman anda, penggunaan marsyal dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mestilah dengan kehadiran anggota polis.
Pada 20 November lalu, tular rakaman video berdurasi yang menunjukkan aksi marsyal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson.

Ya, memang seronok aktiviti berkonvoi ke sana ke sini tetapi jangan sampai membahayakan keselamatan pengguna kenderaan lain dengan bertindak sesuka hati.
Ingat kalau guna perkhidmatan marsyal dalam konvoi, pastikan anda mempunyai surat kebenaran polis!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4381
SELANGOR
BSR6544
JOHOR
JA3846J
PULAU PINANG
PSD8517
PERAK
APJ9067
PAHANG
CFH1844
KEDAH
KGH1350
NEGERI SEMBILAN
NEK9485
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat