Krisis Cip Berlarutan Sehingga 2022?
Industri automotif dikatakan masih bergelut dengan kekurangan bekalan cip semikonduktor namun ada pihak mendakwa pihaknya sudah berjaya mencari jalan penyelesaiannya memandangkan mereka cuba menghasilkan cip sendiri.
Hakikatnya, industri automotif sebenarnya semakin mengorak langkah perlahan-lahan ke arah gelombang krisis kekurangan cip yang cukup membimbangkan!
Di sebalik tamparan hebat ini, syarikat pembuat kereta, Tesla merupakan salah sebuah syarikat yang terkesan dengan isu kekurangan bekalan cip.

Difahamkan, syarikat itu kini mula melakukan penghantaran kenderaannya tanpa port USB-C gara-gara dihimpit masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor .
Port USB ini telah ditanggalkan dari bahagian tengah, kerusi penumpang dan lebih teruk lagi pihaknya tidak menyediakan pengecasan tanpa wayar.
Begitupun, Tesla mengambil sikap mendiamkan diri berhubung isu ini.

Apapun, parapelanggan hanya akan menyedari kekurangan ciri itu sebaik menerima kenderaan mereka nanti.
Apa yang menjadi persoalan ialah mengapa sebuah syarikat kereta yang berprestij seperti Tesla sanggup mengabaikan kualiti pembuatan kenderaan mereka?
Ini berikutan Tesla terpaksa menggunakan cip berkenaan ke atas komponen yang lebih penting.
Selain Tesla, General Motors juga dilaporkan terkesan apabila beberapa keluaran kereta mereka tidak mempunyai sistem enjin mula-henti.
Langkah itu terpaksa diambil bagi mengurangkan penggunaan bilangan cip.
General Motors yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu dilaporkan terpaksa menangguhkan sementara pengeluaran di kilangnya yang terletak di Amerika Utara.
Selepas syarikat itu memulakan semula operasinya pada awal bulan lalu, GM dikatakan terpaksa mengalihkan kerusi pemanas dari beberapa model keluarannya yang bermula 15 November lalu.
Antaranya, Chevrolet Colorado, Blazer, Equinox, model Silverado termasuk GMC Canyon dan GMC Terrain.

Bagaimanapun, krisis kekurangan bekalan cip dilihat tidak dapat diselesaikan dengan segera memandangkan pakar industri automotif yakin krisis itu akan berlarutan sekurang-kurangnya satu tahun lagi!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
