Kuasai Alunan Jalan Dengan Penuh Bergaya
Pengeluar kereta Perancis, DS Automobiles kali ini menghasilkan generasi ketiga DS 3 Crossback. Jentera ini dikatakan sebuah kenderaan utiliti sukan crossback yang mewah dan elegan.
Ia ditayangkan buat pertama kali pada September 2018 dan kemudian dipamerkan kepada umum sebulan sebelum dilancarkan sempena Pameran Motor Paris ke-88.
Edisi terhad DS 3 Crossback Faubourg ini menampilkan pelbagai ciri berteknologi tinggi dan agak bergaya kerana reka bentuknya dihasilkan dengan sentuhan halus.

Dengan empat gelaran Formula E sejak tiga tahun lalu, DS Automobiles telah membuktikan kepakarannya dalam bidang elektrifikasi apabila menawarkan kenderaan elektrik sepenuhnya.
Jentera edisi terhad ini menawarkan emisi sifar karbon, selain mampu menghamburkan 136 kuasa kuda.
Mengenai tempoh pengecasannya, ia mengecas secara sepenuhnya hanya dalam masa lima jam melalui unit 11-kW AC wallbox (Type 2).
Di stesen pengecasan awam yang memiliki pengecas pantas 100 kW DC pula, ia hanya memerlukan 30 minit untuk bateri dicas ke tahap 80 peratus.

Secara mekanikal, ia menawarkan dua enjin: enjin petrol 1.2 liter PureTech yang menawarkan 130 kuasa kuda dan tork 230Nm manakala enjin diesel 1.5 liter BlueHDi pula menghasilkan 130 kuasa kuda dan tork 320Nm.
Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan hadir dengan keupayaan pacuan semua roda.
Bagi spesifikasi pula, nama DS 3 Crossback ditukar dengan beberapa nama baharu seperti Montmartre, Bastille, Rivoli, Peformance Line, Performance Line dan Business.

Spesifikasi Bastille menampilkan tambahan teknologi moden. Bahagian dalamannya menerima kemasan kulit Basalt Black, manakala sterengnya juga dibaluti dengan material kulit termasuk bahagian tombol tuil gear.
Menerusi stereng premium ini, ia meningkatkan penampilannya sekali gus membuatkan pemandu mempunyai kawalan yang lebih baik semasa memandu untuk transmisi automatik dan manual.
Jika diamati bahagian papan pemukanya, semua bahagian papan pemuka dan panel pintu menerima hiasan kulit Basalt Black dan terdapat karpet tebal di bahagian depan dan belakang.
Para pemilik kenderaan ini boleh memilih warna lining bumbung sama ada warna terang atau gelap.

Bagi bahagian luarannya pula, ia didatangkan dengan rim aloi Madrid 17 inci, tinted di bahagian belakang, gril matte hitam, dan krom DS.
Menjengah bahagian belakangnya yang hadir dengan krom tambahan membuatkannya ia kelihatan lebih eksklusif.

Ia juga menawarkan skrin sentuh HD 10.3 inci yang besar dengan Sistem Navigasi yang memaparkan Maklumat Trafik Masa Nyata, Perkhidmatan Trafik TomTom, Antena Radio Halimunan dan Kamera Kelajuan.
Jentera ini juga didatangkan dengan pengecasan wayarles dan terdapat port USB di tengah bahagian perehat lengan.

Untuk rekod, ia hadir dalam lapan warna: Millenium Blue, Crystal Pearl, Pearly Pearl White, Ruby Red, Pearl Black, Platinum Gray, Artense Gray dan Banquise White, manakala bahagian bumbung hadir dengan empat pilihan warna.
Sudah pastinya, ramai yang ingin mengetahui mengenai harganya. Harga bermula dari 25,600 euros (RM122,454.06).
Bagaimanapun, terdapat dua edisi terhad buat masa ini: DS 3 CROSSBACK FAUBOURG dan DS 3 CROSSBACK LOUVRE.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Stellantis Bakal Hentikan Jualan Jenama Yang Tidak Laris? Ini Jenama Yang Mungkin Terlibat...
Kumpulan automotif multinasional, Stellantis, mengumumkan penurunan keuntungan sebanyak 48%.
30-07-2024
Bermaz Auto Panggil Balik 2 Model Tapi Ada Sebabnya!
Bermaz panggil semula model Citroen/DS 2009-2017.
19-09-2023
DS Automobiles Tayang Dua "Buah Hati" Terbaharunya
DS Automobiles menayangkan model sedannya yang cukup canggih, elegan dan bergaya, DS 9.
31-03-2022
DS Automobile Akan Menjadi Penaja Utama Untuk EVER Monaco, DS 9 E-Tense Akan Diperkenalkan
Pameran antarabangsa kenderaan mesra alam, Ever Monaco yang ditubuhkan sekitar tahun 2005 bertujuan untuk mempromosikan mobiliti lestari selain kenderaan tenaga yang boleh diperbaharui.
06-07-2021
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat