Diskaun Saman Hingga 80% Selama 4 Hari Dari 9-12 Disember!
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun saman besar-besaran sehingga 80 peratus bermula 9 hingga 12 Disember ini.
Pengumuman ini dibuat di Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia bersempena dengan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Menurut JPJ, diskaun ini diberikan untuk semua jenis kesalahan yang disenaraikan dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003.
Diskaun saman ini turut diberikan untuk kesemua notis saman yang masih lagi aktif dan tempoh kompaun yang masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran diselesaikan dalam masa empat hari diskaun ditawarkan.
Namun, diskaun ini tidak termasuk kes yang masih dalam perbicaraan, berstatus waran tangkap atau yang berada dalam tindakan senarai hitam.
"Pembayaran saman boleh dibuat di semua Pejabat Negeri, Cawangan JPJ dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) JPJ di seluruh negara, kiosk JPJ serta secara dalam talian melalui portal mySIKAP JPJ di https://public.jpj.gov.my/.
"Walau bagaimanapun, bagi pesalah lalu lintas yang disenarai hitam, pesalah dikehendaki hadir ke kaunter JPJ bagi tujuan proses dokumentasi semula sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan," tambah JPJ.

Penduduk Lembah Klang boleh menikmati diskaun kompaun semasa sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula esok, 9 Disember hingga 12 Disember ini. Pembayaran boleh dibuat di Mobile Unit JPJ dan juga Kiosk JPJ yang dibuka di KLCC sepanjang acara berlangsung.

Semakan status saman boleh dibuat melalui portal mySIKAP JP atau Kaunter Pejabat JPJ berdekatan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas
Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.
17-03-2026
Hati-Hati Perantau Kelantan, JPJ Guna Dron "ZOOM" 200 Kali Untuk Kesan Pesalah Trafik
JPJ akan menggunakan dron berteknologi tinggi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang mampu zoom 200 kali ganda untuk mengesan pesalah trafik.
08-03-2026
Berita Terkini
Jangan Takut Kalau Nampak Polis di Stesen Minyak! Ini Sebab Sebenarnya Mereka Ada Di Sana
Kenapa Tiba-tiba Ada Polis di Stesen Minyak?
11-04-2026
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?
Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang
10-04-2026
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV
Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.
10-04-2026
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia
Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.
09-04-2026
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.
09-04-2026
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Harga minyak tanpa subsidi semakin melambung.
08-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

