PROTON Catat Jualan Lebih 100K Unit Tahun Ini!

Proton Holdings Bhd berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 6.2 peratus iaitu sebanyak 14,187 unit pada bulan November 2021 sekali gus menjadikan jualan keseluruhan bagi tahun 2021 sebanyak 100,566 unit setakat ini.
Kenaikan prestasi jualan pada bulan November merupakan pertumbuhan tiga bulan berturut-turut dengan baki sebulan sahaja lagi sebelum berakhirnya tahun 2021.

Ketua Pegawai Eksektuif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, bulan November tahun ini cukup positif bagi Proton walaupun industri automotif secara keseluruhannya terhad dari segi bekalan.
Tambah Proton, bulan November ialah bulan yang cukup aktif dalam industri automotif Malaysia ekoran pelancaran banyak model baharu serta pengumuman kerajaan mengenai lanjutan insentif tempoh pengecualian cukai.

Proton Saga berjaya mencatatkan jualan bulanan terbaik sejak Disember 2020 dengan jualan sebanyak 5,666 unit, membolehkannya mengambil takhta sebagai model terlaris di Malaysia seperti yang pernah dicapai pada bulan September yang lalu.
"Tidak ketinggalan, Proton X50 merekodkan penyerahan kepada pelanggan yang cemerlang pada November apabila 4,010 unit diserahkan. Ini peningkatan yang baik berbanding 3,839 unit pada Oktober, menjadikan kenderaan utiliti sukan (SUV) pintar segmen-B sebagai jualan terbaik bagi kelasnya dan bagi segmen SUV.
"Proton X70 juga terus berhasil dari segi jualan dengan 1,901 unit dihantar kepada pelanggan, menjadikannya jauh lebih ke hadapan dalam kelas SUV segmen-C," menurut PROTON.
Proton Exora mengekalkan pertumbuhan selama empat bulan berturut-turut dan kekal mendominasi pasaran MPV segmen C dengan jualan sebanyak 434 unit.

Isu bekalan komponen terus menjadi perhatian sehingga memberi kesan kepada jumlah pengeluaran Proton Iriz dan Persona, namun kedua-dua model ini masih berjaya mencapai jumlah jualan yang tinggi, masing-masing sebanyak 642 dan 1,534 unit.
"Kami yakin dapat mengakhiri tahun ini dengan peningkatan jumlah jualan. Ini akan menjadikan kami jenama nasional tunggal yang meningkat dari segi jualan dan pegangan pasaran tahun ini.
"Ini memberikan kami asas yang kukuh menuju 2022 untuk melakukan proses konsolidasi dan meningkatkan kedudukan di pasaran domestik dan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.
23-02-2023
Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...
Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.
22-02-2023
Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?
Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.
12-02-2023
Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services
Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.
19-01-2023
Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu
Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.
05-01-2023
Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...
Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.
04-01-2023
Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!
Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.
23-12-2022
Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!
DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.
10-12-2022
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

