Jentera Ini Sudah Boleh Ditempah: Bernilai RM317,506.58
Volvo Cars Malaysia (VCM) melancarkan Volvo terbaharunya, XC60 dan kini sudah boleh ditempah secara dalam talian.
Model edisi terbaharu ini ditawarkan pada harga RM317,506.58. Ia didatangkan dengan beberapa ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan.

Selain itu, rekaan luarannya agak baharu dan dilengkapi dengan teknologi terkini.
“Ia adalah kenderaan utiliti sukan bersaiz sederhana selain hadir dengan sistem infotainmen paling intuitif dalam industri automotif,” kata Pengarah Urusan VCMM Charles Frump.
Menerusi kerjasama dengan Sebangga Mitsinbo, VCM kini mampu melakukan penghantaran kenderaannya ke Sabah.

Malah, satu kolaborasi antara VCM dan Google juga telah dimeterai bagi menampilkan Pakej Perkhidmatan Digital baharu yang terdiri daripada Google Assistant.
Ia sebenarnya membolehkan kawalan ke atas banyak aplikasi dalam kereta termasuk Google Maps.
Satu ciri terbaharu ialah aplikasi Volvo Car dan Perkhidmatan Sambungan yang membenarkan pengguna mengawal fungsi kereta menerusi aplikasi berkenaan.

Volvo XC60 baharu ini juga menampilkan reka bentuk Scandinavia yang terdiri daripada warna baharu, gril dan bampar hadapan.
Bagaimanapun, model T8 turut menawarkan reka bentuk roda aloi potongan berlian hitam 19 inci 6-multispoke hitam dan sistem bunyi Bowers dan Wilkins untuk bahagian dalam.
Untuk makluman anda, model baharu ini juga menawarkan mod pemanduan dari mod elektrik tulen dengan pelepasan paip ekor sifar kepada mod Kuasa bagi mereka yang gemar memandu.

Menyentuh mengenai enjinnya, ia didatangkan dengan enjin berkembar 4-silinder 2.0L dengan transmisi automatik 8-kelajuan dengan Geartronic.
Malah dengan bantuan pengecas super serta pengecas turbo, ia mampu menghasilkan 407 kuasa kuda (hp) dengan tork 640Nm, manakala tambahan 87hp dan 240Nm daripada bateri.
Mengenai daya pecutannya, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 5.3 saat dan ia memiliki kecekapan bahan api 2.2 liter setiap 100 kilometer (km).

Dari aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dengan pengelakan perlanggaran, bantuan kekal lorong, mitigasi laluan, lintasan-amaran lalu lintas dengan brek automatik, Sistem Maklumat Titik Buta dan kamera pandangan keliling.
Dengan hanya menggunakan peranti mudah alih atau kawalan suara, pengguna boleh menyemak status kereta, mengunci atau membuka kunci pintu dan banyak lagi.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web: www.volvocars.com/my.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jentera Pintar Volvo, XC60 Sudah Masuk Pasaran Malaysia
Volvo Car Malaysia secara rasminya memperkenalkan kereta pintarnya, XC60 melalui saluran media sosialnya pagi semalam.
25-11-2021
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat