Bengkel Kereta Mula Sesak, Dijangka Terima 20,000 Kereta Rosak Akibat Banjir

Pengusaha bengkel kenderaan di sekitar Klang kini berdepan dengan dilema apabila dijangka menerima lebih 20,000 kereta yang perlu dibaiki gara-gara rosak akibat banjir.
Rata-rata pengusaha mengakui bahawa mereka kini mengalami kekurangan staf, perlu menunggu beberapa hari untuk mendapatkan alat ganti selain mengambil masa lama untuk membersihkan kereta yang ditenggelami lumpur.
-full.jpg)
Sejak banjir mula surut, orang ramai yang terjejas teruk akibat banjir di Klang dan Shah Alam mula menghantar kereta mereka untuk dibaiki.
Memetik kenyataan Aktivis Pasukan Tindakan Suara Rakyat, Peter Tan sebagai berkata, berdasarkan data yang diperoleh, terdapat kira-kira 3,000 bengkel kereta di Klang.
“Buat masa ini, hampir semua bengkel kereta sudah ditempah sepenuhnya. Dianggarkan sebuah bengkel cuma mampu membaiki lima hingga enam buah kenderaan dalam sehari,” katanya kepada akhbar China Press baru-baru ini.
-full_normal.jpg)
Menurutnya, kos membersihkan sebuah kereta mampu mencecah ratusan tinggi.
“Sebaliknya, kerja-kerja membersihkan enjin kereta yang dipenuhi dengan lumpur atau komponen elektrik yang rosak pula menelan kos ribuan ringgit.
“Ini menyebabkan pengusaha bengkel kenderaan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 hingga 20 hari hanya untuk membaiki kenderaan berkenaan,” tambahnya.
Bagaimanpun Tan turut mengakui bahawa kenderaan hibrid plug-in (PHEV) yang rosak akibat banjir pula dikenakan kos yang agak tinggi.
Melihat kepada senario kereta elektrik yang dilihat tidak popular di negara ini menyebabkan proses penyelenggaraan kereta elektrik dilihat agak rumit.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Terperangkap Dalam Banjir? Ini Tips Pandu Kereta Ketika Redah Banjir
Caricarz ingin berkongsi beberapa tips dan persedian langkah betul mengharungi banjir ketika memandu.
20-12-2021
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat