Anda Kini Boleh Servis Kereta Hanya Di Hujung Jari!
Tahukah anda, terdapat lebih 17 juta pemilik kenderaan berdaftar di negara ini sekali gus menjadikan Malaysia menduduki tangga tertinggi dalam pemilikan kereta di Asia Tenggara.
Sebaliknya berdasarkan satu kajian, kira-kira 90 peratus daripada jumlah itu mendapati pemilik kenderaan sebenarnya kurang pengetahuan dalam penyelenggaran kenderaan mereka.

Untuk itu, aplikasi Autonest dilancarkan bagi membantu pemilik kereta untuk servis kereta hanya di hujung jari.
-full.jpg)
Ia dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di ibu negara semalam.
-full.jpg)
Ka Siong (tengah) ketika merasmikan majlis pelancaran aplikasi Autonest di ibu negara, semalam.
Ka Siong berkata, aplikasi berkenaan akan memudahkan pemilik kereta menyelenggara kereta mereka selain mampu menjimatkan kos.
"Melalui aplikasi Autonest, pemandu kenderaan kini boleh servis dan menyelenggara kereta mereka dengan lebih efisien terutamanya menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Autonest.
Beliau menambah bahawa sepanjang sembilan bulan pertama 2020 dan 2021, hampir 4,634 (2020) dan 3,302 (2021) kematian akibat kemalangan jalan raya dilaporkan.

“Selain faktor manusia, isu penyelenggaraan kereta merupakan satu lagi faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya.
“Jadi, saya berharap kesemua pemilik kereta supaya menyelenggara kereta mereka bagi mengurangkan jumlah kemalangan akibat kerosakan kenderaan,” katanya.
Turut hadir, Pengasas Autonest, David Bong dan Ketua Pemasaran and Penasihat, PUSPAKOM Sdn Bhd, Datuk Ooi Win Juat.
Sementara itu, Pengasas Autonest Sdn. Bhd., David Bong berkata, pihaknya menyasarkan aplikasi Autonest menjadi platform solusi kenderaan nombor satu di negara ini.
-full.jpg)
DAVID
Sehingga hari ini, sebanyak 500 peserta berkaitan industri automotif telah menyertai aplikasi tersebut dalam menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pengguna.
“Aplikasi ini memudahkan orang ramai untuk menyelenggara kereta. Apa yang anda perlu buat ialah hanya membuat janji temu untuk mendapatkan tarikh servis kenderaan pada bila-bila masa," katanya.
Ketika ini, pihaknya memberi tumpuan di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan melebarkan sayap di negeri-negeri di Utara dan Pantai Timur untuk memberi platform terbaik kepada pemain industri automotif serta para pengguna menikmati kemudahan online tersebut.
David menyasarkan sebanyak 10,000 para pemain industri automotif akan menyertai aplikasi tersebut dalam tempoh dua tahun.
Sehubungan itu, anda boleh memuat turun aplikasi Autonest ini di Apple Store dan Google Play.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jangan Salah Faham Mengenai Denda Cermin Gelap
Anthony tampil membuat penjelasan mengenai penggunaan cermin gelap pada kenderaan.
02-11-2023
Tiada Kepakaran Punca CVR Dihantar Ke Luar Negara
Nahas Elmina: CVR rosak teruk telah dibawa ke Singapura untuk keluarkan data kokpit.
21-08-2023
EV M'sia Bakal Guna No Plat Khas
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan nombor plat khas untuk EV.
18-05-2023
Ada Lesen B, Baru Boleh Beli Superbike?
Pakar mencadangkan kepada kerajaan supaya menguatkuasakan peraturan baharu dengan hanya membenarkan mereka yang mempunyai lesen B penuh untuk membeli motosikal berkuasa tinggi.
19-01-2023
Perhatian Buat Pemandu Kenderaan Barangan, Anda Diharamkan Guna Jalan Raya Bermula Tarikh Ini ..
Larangan pemanduan (road ban) akan dikuatkuasakan ke atas kenderaan barangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina
16-01-2023
Terima Banyak Aduan, Anthony Loke Turun Padang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membuat tinjauan perkhidmatan KTM Komuter baru-baru ini.
16-12-2022
Kerajaan Izin Teksi, e-Hailling Rentas Negeri, Daerah Ketika Lockdown
Perkhidmatan teksi dan kenderaan e-panggilan dibenarkan beroperasi antara daerah dan negeri kerana diklasifikasi sebagai perkhidmatan perlu.
24-06-2021
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
