Anda Kini Boleh Servis Kereta Hanya Di Hujung Jari!
Tahukah anda, terdapat lebih 17 juta pemilik kenderaan berdaftar di negara ini sekali gus menjadikan Malaysia menduduki tangga tertinggi dalam pemilikan kereta di Asia Tenggara.
Sebaliknya berdasarkan satu kajian, kira-kira 90 peratus daripada jumlah itu mendapati pemilik kenderaan sebenarnya kurang pengetahuan dalam penyelenggaran kenderaan mereka.

Untuk itu, aplikasi Autonest dilancarkan bagi membantu pemilik kereta untuk servis kereta hanya di hujung jari.
-full.jpg)
Ia dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di ibu negara semalam.
-full.jpg)
Ka Siong (tengah) ketika merasmikan majlis pelancaran aplikasi Autonest di ibu negara, semalam.
Ka Siong berkata, aplikasi berkenaan akan memudahkan pemilik kereta menyelenggara kereta mereka selain mampu menjimatkan kos.
"Melalui aplikasi Autonest, pemandu kenderaan kini boleh servis dan menyelenggara kereta mereka dengan lebih efisien terutamanya menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Autonest.
Beliau menambah bahawa sepanjang sembilan bulan pertama 2020 dan 2021, hampir 4,634 (2020) dan 3,302 (2021) kematian akibat kemalangan jalan raya dilaporkan.

“Selain faktor manusia, isu penyelenggaraan kereta merupakan satu lagi faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya.
“Jadi, saya berharap kesemua pemilik kereta supaya menyelenggara kereta mereka bagi mengurangkan jumlah kemalangan akibat kerosakan kenderaan,” katanya.
Turut hadir, Pengasas Autonest, David Bong dan Ketua Pemasaran and Penasihat, PUSPAKOM Sdn Bhd, Datuk Ooi Win Juat.
Sementara itu, Pengasas Autonest Sdn. Bhd., David Bong berkata, pihaknya menyasarkan aplikasi Autonest menjadi platform solusi kenderaan nombor satu di negara ini.
-full.jpg)
DAVID
Sehingga hari ini, sebanyak 500 peserta berkaitan industri automotif telah menyertai aplikasi tersebut dalam menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pengguna.
“Aplikasi ini memudahkan orang ramai untuk menyelenggara kereta. Apa yang anda perlu buat ialah hanya membuat janji temu untuk mendapatkan tarikh servis kenderaan pada bila-bila masa," katanya.
Ketika ini, pihaknya memberi tumpuan di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan melebarkan sayap di negeri-negeri di Utara dan Pantai Timur untuk memberi platform terbaik kepada pemain industri automotif serta para pengguna menikmati kemudahan online tersebut.
David menyasarkan sebanyak 10,000 para pemain industri automotif akan menyertai aplikasi tersebut dalam tempoh dua tahun.
Sehubungan itu, anda boleh memuat turun aplikasi Autonest ini di Apple Store dan Google Play.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge