DeLorean Yang Menggunakan Enjin Turbo Kembar Berjaya Dijual AS$200K

Siapa masih ingat dengan jentera DeLorean DMC-12? Ia mungkin sudah lenyap dalam sejarah automotif jika ia tidak tampil dalam filem trilogi “Back to the Future”.
Untuk makluman anda, DeLorean DMC-12 memasuki pasaran pada tahun 1981, dan sepanjang dua tahun produksi sebanyak 9,000 unit telah berjaya dihasilkan sebelum DMC disahkan bankrap.
Sebaliknya, filem Back To The Future ditayangkan pada tahun 1985 dan kesan daripada itu DMC-12 mula meraih popularitinya dalam kalangan peminatnya.
Malangnya, populariti DMC-12 sebagai sebuah prop filem tidak mampu menyelamatkan keadaan pengeluar tersebut.
Sebaik penggambaran filem itu selesai, DeLorean dipamerkan di Universal Studios Hollywood, namun ada pihak bertindak mencuri beberapa komponen penting pada kereta tersebut.
Melihat keadaan kereta tersebut berada dalam keadaan yang cukup menyedihkan, penulis bersama filem tersebut Bob Gale membuat keputusan untuk menjalankan proses pemulihan.
Jentera ini kini ditempatkan di Houstan, Amerika Syarikat dimana DeLorean asli dan beberapa contoh jentera mesin masa ini dikekalkan di situ untuk tatapan buat peminatnya.

Difahamkan, projek pembinaan DeLorean merupakan salah satu projek yang benar-benar terhebat di dunia.
Malah, sebuah DeLorean berjaya dijual di laman jual beli kereta vintaj, Bring A Trailer pada harga AS$243,000 (RM1,01 juta) baru-baru ini.

Jentera ini dipadankan dengan enjin PRV (Peugeot-Renault-Volvo) bentangan V6 2.85 liter namun dinaik taraf kepada enjin 3.3 liter yang dipadankan dengan pengecas turbo Garret,.
Sistem transmisi asal DeLorean juga turut dibuang, dan digantikan dengan kotak gear manual enam nisbah kelajuan yang diperoleh daripada Porsche 911 generasi 996.

Beberapa pengubahsuaian turut dibuat ke atas sistem bahan apinya. Di sebalik pengubahsuaian ini, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.9 saat.
Dari segi estetik, panel badan rekaan Giugiaro telah diserikan semula dan susun atur hadapan dan belakang kini disiapkan warna matte silver.

Jika diamati dengan lebih dekat, bahagian ekzosnya terkeluar tiga inci namun roda bersaiz 15 inci masih dikekalkan sehingga hari ini.

Menjengah bahagian dalamannya, ia menggunakan tombol shift baharu, tolok rangsangan, kerusi Recaro dan stereo Alpine.

Biarpun, Delorean dibiarkan hampir 20 tahun sehingga tahun 2019 dan ia kini bukan sahaja ditampilkan semula sebaliknya mampu bergerak lebih jauh, lebih kuat dan apa yang penting ialah ia kini ditempatkan di kawasan lebih dihargai.

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4381
SELANGOR
BSR6544
JOHOR
JA3846J
PULAU PINANG
PSD8517
PERAK
APJ9067
PAHANG
CFH1844
KEDAH
KGH1350
NEGERI SEMBILAN
NEK9485
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Super Truck Elektrik, Hummer EV SUV 2024 Terbaharu Daripada GMC
GMC menambahkan lagi model kereta dalam barisan super truck elektrik mereka dengan Hummer EV SUV 2024.
28-04-2021
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
