RFID Punca Sesak, Ini Jawapan Plus!
Sejak semalam tular gambar dan video di Facebook yang menunjukkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di beberapa tol di sekitar Lembah Klang.
Kejadian itu didakwa berpunca daripada sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang gagal mengesan pelekat RFID pada kenderaan.

Ia menyebabkan keadaan trafik di Plaza Tol Bandar Seri Putra mulai sesak teruk sejak 7 pagi.
Keadaan sama turut berlaku di Plaza Tol Sungai Besi menghala Kuala Lumpur yang menyebabkan kesesakan sehingga 10 kilometer.

Susulan itu, rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa tidak puas hari gara-gara pembukaan lorong RFID yang menyebabkan kesesakan teruk.
“Bayangkan, seawal 7 pagi masa orang nak pergi tempat kerja dah jammed teruk, semuanya sebab RFID,” tulis seorang pengguna Facebook.
Malah, ada pengguna mendakwa bahawa terdapat beberapa kenderaan terpaksa mengundurkan kereta kerana sistem RFID gagal mengesan pelekat yang ditampal pada kenderaan mereka.
Dakwa mereka, keadaan itu menyebabkan keadaan trafik di tol Sungai Besi dan Bandar Seri Putra menjadi huru-hara.

Keadaan itu menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasi tol berkenaan.
Sementara itu, tinjaun Caricarz di laman Facebook pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan itu mendapati, orang ramai tidak melepaskan peluang “menghentam” Plus berhubung penggunaan RFID.

Diasak dengan pelbagai komen sekali gus menyebabkan Plus terpaksa menutup ruangan komen di laman Facebook rasminya.
Bagi menjernihkan keadaan, Plus berkata, pihaknya akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID bagi membantu pengguna lebuh raya yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID.
Sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan.
“Jika pelekat RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma,” katanya dalam satu kenyataan.
Di sebalik kesesakan itu, Plus menyeru pengguna lebuh raya kendalian syarikat konsesi tersebut tidak berasa risau untuk menggunakan RFID di Plaza Tol PLUS.
Terdahulu, Plus mengumumkan pihaknya menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di Lebuhraya Utara-Selatan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
