Tanah Mendap, Lima Kenderaan Rosak
Orang ramai gempar apabila dikejutkan dengan kejadian tanah mendap sehingga menyebabkan lima buah kenderaan terhumban ke dalam parit di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan semalam.

Penolong Penguasa II Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Saharudin Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar pukul 6.40 petang.
"Hujan lebat yang berterusan menyebabkan longkang pecah sehingga berlaku mendapan tanah dan lima kereta tersebut jatuh sedalam lima hingga enam meter.
"Oleh itu, anggota bomba menutup kawasan kejadian kepada orang awam sebelum menyerahkannya kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu, klip video tanah runtuh yang tular di Facebook sejak semalam menunjukkan pada mulanya, terdapat rekahan di sepanjang jalan raya itu sebelum sebahagian tebing berkenaan secara tiba-tiba runtuh.

Susulan itu, beberapa kenderaan yang diparkir di hadapan premis komersial turut terhumban ke dalam parit berhampiran.
Beberapa saksi kejadian berkata, mereka sempat mengalihkan lapan buah kenderaan namun selebihnya tidak diselamatkan memandangkan tanah semakin mendap.

Mujur, tiada kemalangan jiwa dan cuma lima kenderaan dilaporkan rosak teruk. Bagaimanapun, kejadian tanah mendap itu bukannya kejadian kali pertama.
Ini berikutan, kejadian seumpamanya pernah berlaku pada tahun 2017 di tempat yang sama.

Buat masa ini, pihak berkuasa dikatakan sedang menjalankan kerja-kerja memasang cerucuk di sekitar kawasan yang mendap itu.
Malah, sebanyak 17 premis komersial di kawasan berhampiran diarah untuk memberhentikan sebarang operasi buat sementara waktu.
Kerja-kerja pemulihan itu dijangka akan mengambil masa sekitar seminggu untuk disiapkan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ngeri! Kereta Ranap Dihempap Pokok
Enam cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap pokok.
06-11-2022
10 Kereta, 5 Motosikal Berkuasa Besar Polis Musnah Dalam Kebakaran
Sepuluh buah kereta dan lima buah motosikal berkuasa besar hangus terbakar.
12-09-2022
Lubang Benam Ambil Masa 2 Bulan Untuk Baiki, - JKR
Lencongan di laluan berkenaan tidak dapat dilakukan berikutan tanah di kawasan terbabit lembut.
18-12-2024
Tanah Mendap Di KL, Mujur Tiada Kemalangan Jiwa
Kejadian tanah mendap itu berlaku disebabkan paip pecah.
24-09-2024
Cerun Runtuh, Punca Tanah Mendap Di LPT1
Pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) digemparkan dengan kejadian mendapan tanah.
10-09-2023
Jambatan Runtuh Di Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas
Sebahagian jambatan di Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas runtuh.
24-07-2023
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge