ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Dia Spesifikasi Terperinci Honda Civic RS 2022

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda Civic Generasi Ke-11 yang dikhabarkan akan dilancarkan esok telah tiba di bilik pameran Honda. Dalam artikel kali ini kami dedahkan ciri-ciri yang terdapat pada Civic RS yang terbaharu.



Honda Malaysia Sdn Bhd bakal melancarkan Honda Civic Generasi Ke-11 esok di Mitec dengan menampilkan tiga varian – E, V dan RS.


Kesemua varian dikuasakan oleh enjin Turbo VTEC 1.5L yang menghamburkan kuasa 180 hp dan tork 240 Nm. Kuasa enjin disalurkan melalui transmisi boleh ubah berterusan (CVT).



Honda Civix baharu memiliki kadar ketegaran kilasan  dan juga ketegaran lenturan yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini. Hasilnya? Pemanduannya menjadi jauh lebih selesa dengan kualiti pengendalian yang lebih baik.  Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan ruang simpanan yang cukup luas pada bahagian but. Berkapasiti 497L, ini merupakan yang terbesar berbanding pesaing kereta keluaran Jepun yang lain.


Civic RS terbaharu menggunakan upholsteri kulit dan suede dengan jahitan berwarna merah pada bahagian stereng dan gear kereta.  Elemen menarik lain dapat dilihat pada papan pemuka kereta yang dipasangkan dengan kemasan besi hitam bercorak seperti sarang lebah.

 



Selain itu, ia turut dilengkapkan dengan pedal sport, tempat duduk boleh laras 8 arah, pencahayaan pada garis pintu, sistem infotainmen bersaiz 9 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, port pengecas USB belakang, pengelap cermin pintar, rim 18 inci, sistem audio lapan speaker, pedal penukar gear, kluster instrumen berwarna penuh 7 inci, mod pemanduan, cermin pandang belakang boleh malap automatik serta lampu depan dan lampu belakang LED.


Dari segi keselamatan, Honda Civic RS generasi terbaharu ini hadir dengan ciri seperti enam beg udara, penahan brek auto, pengunci automatik apabila menjauh, penghidup enjin dari jarak jauh, kamera Honda Lane Watch, pakej keselamatan Honda Sensing, sistem telematik kenderaan Honda Connect dan banyak lagi.



Honda Civic ini ditawarkan dalam lima warna yang mana tiga daripadanya pernah ditawarkan pada model sebelum ini iaitu Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic dan Crystal Black Pearl. Warna yang terbaharu pula ialah  Ignite Red dan Meteoroid Grey.

 

Walau bagaimanapun, harga untuk Honda Civic yang terbaharu ini masih tidak didedahkan semasa sidang media. Nantikan berita terkini daripada CariCarz untuk maklumat lebih lanjut.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-11-2024
Global

02-08-2024
Berita Auto

01-02-2024
Global

19-01-2024
Global

17-01-2024
Global

22-03-2023
Global

09-01-2023
Berita Auto

04-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.