Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Harga RM136,550

UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan Toyota Corolla Cross Hybrid dengan harga RM136,550.00, harga atas jalan tanpa insurans termasuk jaminan selama lima tahun, tanpa had perbatuan.
Akan dipasangkan di dalam negara atau secara CKD di kilang UMWT Bukit Raja, Shah Alam, varian hibrid ini merupakan varian yang tertinggi dalam barisan model Toyota Corolla Cross yang turut terdiri daripada Corolla Cross 1.8V dan 1.8G.
Teknologi Enjin Toyota Corolla Cross Hybrid
Corolla Cross Hybrid ini menggunakan enjin 1.8L empat silinder DOHC 16 injap dengan VVT-i yang memberikan kuasa 97 hp pada 5,200 rpm dan tork 142 Nm pada 3,600 rpm, manakala output motor elektriknya pula memberikan sebanyak 53 kW yang bersamaan dengan 71 hp dan tork 163 Nm. Jumlah output secara keseluruhannya untuk model hibrid ini ialah 120 hp. Pemandu boleh menukar mod pemanduan dengan mudah kerana ia lengkap dengan sistem penghantaran kuasa e-CVT. Tiga mod pemanduan ditawarkan iaitu mod Eco, Sport dan juga mod EV untuk pemanduan dengan kuasa elektrik sepenuhnya.
Bateri HEV akan memberi kuasa dan mengecas semula motor elektrik secara automatik apabila brek ditekan (brek regeneratif), sewaktu pedal pecutan dilepaskan atau semasa enjin petrol sedang digunakan.
Mengulas mengenai penggunaan teknologi hijau, hibrid, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K. berkata, "Kaedah pergerakan lestari bakal menerajui kaedah pengangkutan masa depan, seiring peralihan global kepada sumber bahan api baharu dan boleh diperbaharui, di samping penciptaan kenderaan pintar inovatif. Sejak Toyota Corolla Cross Hybrid Electric dibuka untuk tempahan pada Oktober tahun lepas, kami telah menerima banyak pesanan. Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menyokong teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar, dan kami yakin bahawa kami akan menjadikan EEV sebagai pengangkutan arus perdana dalam tempoh terdekat."
Toyota menawarkan jaminan untuk keseluruhan sistem hibrid kereta yang termasuklah inverter serta unit pengurusan kawalan kuasa selama lapan tahun tanpa had perbatuan. Pembeli juga boleh mendapatkan perlindungan tambahan untuk dua tahun lebih lama dengan caj tambahan hanya sebanyak RM2,950, tempoh perlindungan secara keseluruhannya menjadi 10 tahun.

Luaran Toyota Corolla Cross Hybrid

Luaran Corolla Cross Hybrid tidak banyak bezanya dengan varian petrol, namun ia hadir dengan beberapa ciri lain seperti logo “Hybrid” dan juga penggunaan warna biru pada logo Toyota dan lampu depan bi-LED kereta. Versi hibrid tampil dengan ciri yang sama seperti varian petrol dengan kelengkapan seperti rim aloi bersaiz 18 inci, cermin sisi elektrik, cermin depan akustik, lampu kabus LED untuk bahagian depan dan belakang, bukaan but belakang secara automatik, pengelap cermin automatik, lampu belakang LED dan juga rel bumbung yang boleh menyokong beban dengan berat maksimum 70 kg.

Kabin Toyota Corolla Cross Hybrid

Bergerak ke bahagian dalam, versi hibrid tampil unik dengan butang penghidup enjin berwarna biru, butang mod pemanduan tambahan EV (selain Normal, Eco dan Sport). Kluster instrumen yang digunakan dalam versi hibrid juga lebih besar iaitu 7 inci berbanding 4.2 inci pada versi petrol. Ciri lain yang terdapat hanya pada Corolla Cross Hybrid ialah cermin pandang belakang elektrokromik dan juga pendingin hawa dua zon.

Tempat duduk upholsteri kulit hitam

Mod pemanduan tambahan - EV
Ciri dalaman yang standard pada semua varian termasuk hibrid ialah sistem infotainmen 9 inci yang boleh menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, Miracast, sambungan USB dan Bluetooth. Turut lengkap dengan enam buah speaker, tempat duduk dengan balutan kulit warna hitam, tempat duduk pemandu yag boleh dilaraskan kepada lapan arah secara automatik, kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, pandangan panoramik, sistem telematik kenderaan, pendingin hawa bahagian belakang, port USB dan juga DVR hadapan.

Pendingin hawa dua zon

Sistem infotainmen 9 inci

But berkapasiti 440L
Ciri lain seperti DVR untuk bahagian belakang kereta dan pengecas tanpa wayar boleh ditambah dengan caj tambahan.
Ciri Keselamatan Toyota Corolla Cross Hybrid

Untuk aspek keselamatan, Corolla Cross Hybrid dilengkapkan dengan teknologi Toyota Safety Sense yang juga terdapat pada varian 1.8 V. Teknologi ini merangkumi sistem pra-pelanggaran, amaran keluar lorong dengan bantuan stereng, kawalan jelajah radar dinamik serta batuan pengesan lorong.
Kesemua varian didatangkan secara standard dengan ciri-ciri keselamatan seperti tujuh beg udara, kawalan cengkaman, bantuan mula-daki, ABS, EBD, VSC, sistem amaran tekanan tayar, bantuan brek, cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, enam sensor parkir, lampu suluh tinggi automatik, pemantau titik buta dan amaran lintasan trafik belakang.
Warna Yang Ditawarkan Untuk Toyota Corolla Cross Hybrid 2022

Toyota Corolla Cross Hybrid ditawarkan dalam lima warna iaitu Red Mica Metallic, Nebula Blue Metallic, Platinum White Pearl, Silver Metallic dan juga warna eksklusif hanya untuk versi hibrid, Celestite Grey Metallic.
Pembelian Toyota Corolla Cross Hybrid 2022
Tempahan boleh dibuat mulai hari ini di mana-mana wakil penjual sah Toyota atau bilik pameran cawangan UMW Toyota Motor di seluruh negara.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan
UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.
07-08-2025
Toyota Corolla Cross Facelift 2025 Diperkenalkan Di Eropah
Toyota Eropah secara rasminya menerima Corolla Cross versi facelift 2025, hampir setahun selepas pelancarannya di rantau ASEAN, termasuk Malaysia.
14-05-2025
Jualan UMWT Cecah 8,500 Unit Bulan Lepas
Hasil jualan yang positif ini juga menjadikan jumlah volum Tahun-ke-Tarikh (YTD) kini berada di sekitar 89,500 unit.
13-12-2024
Toyota Corolla Cross Facelift Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, CKD, Dari RM133,800
UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini telah melancarkan SUV crossover Toyota Corolla Cross versi facelift untuk pasaran tempatan. Model yang diberikan nafas baharu ini ditawarkan di pasaran bermula dari harga RM133,800.
04-12-2024
Teaser Toyota Corolla Cross Facelift Didedahkan – Lancar Disember Ini, Anggaran Dari RM140K
UMW Toyota Motor (UMWT) bakal memperkenalkan SUV crossover Toyota Corolla Cross versi facelift di pasaran tempatan, seperti yang didedahkan melalui teaser di laman web rasminya.
18-11-2024
[PANDU UJI] Toyota Corolla Cross GR Sport 2023: SUV 'Stylo' Yang Seronok Dipandu
Ulasan jujur CariCarz mengenai Toyota Corolla Cross GR Sport 2023.
03-07-2023
Sah! Kereta HEV Toyota Kedua Akan Dilancarkan Di Malaysia – UMW Toyota
Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. mengesahkan bahawa syarikat akan memperkenalkan model hibrid (HEV) kedua.
06-01-2023
Fuhh Permulaan Baik, Toyota Jual 7,528 Kereta Pada Bulan Lalu
UMW Toyota Motor kini merupakan jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia
15-02-2022
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
