Volkswagen Malaysia Dan Filamen Lancar Aset Digital Arteon

Volkswagen Passenger Cars Malaysia dan kolektif seni media baharu, Filamen, telah mencipta sejarah melalui pelancaran Accelerated Futurescapes, koleksi eksklusif Arteon NFT.
Empat karya kripto yang dihasilkan berdasarkan model andalan Volkswagen kini dijual di Pentas yang merupakan platform NFT untuk Asia Tenggara yang dikuasakan oleh Binance Smart Chain. NFT ini turut dipamerkan dalam galeri maya Filamen dan dihasilkan bersama platform penyelidikan reka bentuk, No-to-scale.
NFT atau 'non-fungible tokens' ialah sejenis aset digital berasaskan teknologi blok rantai (blockchain) yang membolehkan pemilikan secara digital.
Setiap karya seni yang dihasilkan telah diperakui keunikannya. Elemen unik yang dimiliki setiap satu karya inilah yang dijangka akan menarik minat pengumpul seni dan peminat Arteon.
Menurut pengarah pengurusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia, Erik Winter, Volkswagen sentiasa mencuba yang terbaik untuk menerajui inisiatif pendigitalan di Malaysia.
Sementara itu, pengasas bersama Filamen, Abdul Shakir Abu Samah berkata, Filamen ingin meluahkan emosi manusia yang diinspirasikan daripada Arteon.

Dua pengkarya Filamen, Syed Mohamad and Jason Choo merupakan individu yang terlibat dalam penghasilan NFT ini. Hasilnya adalah empat visi "kerohanian" masa depan yang diilhamkan daripada rekaan dan prestasi Arteon - daripada bunyi hinggalah kepada bentuk rekaan serta beberapa perincian kecil lain.
Karya yang dihasilkan oleh Syed adalah lebih abstrak dan Jason pula lebih kepada imej fiksyen.


Projek NFT ini merupakan kerjasama seni kedua yang menampilkan Arteon. Pada tahun 2019, VPCM telah bekerjasama dengan galeri seni Wei-Ling Contemporary untuk projek “Makings of a Masterpiece” yang menampilkan 13 seni kereta Arteon yang dihasilkan oleh 13 pengkarya tempatan. Hasil seni ini berjaya dilelong untuk tujuan amal.
Kesemua empat NFT Arteon sudah boleh dipaparkan melalui http://www.wearefilamen.com/thearteoncollection dan pembelian pula boleh dibuat di https://app.pentas.io/volkswagen.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dilancar: VW Arteon Wolfsburg Edition-Harga Bermula RM292,612
VW Arteon Wolfsburg Edition 2025 akan menjadi tumpuan utama di MAS 2025.
07-05-2025
Tiada Lagi Sedan Volkswagen Arteon Di Eropah
Rancangan untuk mengeluarkan EV telah mendorong VW untuk menghentikan pengeluaran beberapa model ICE. Ini mangsa baharu...
07-02-2024
3 Model VW Ini Dipanggil Semula Kerana Isu Pemasangan Lapik Pelindung Haba
VPCM panggil balik beberapa model keluarannya kerana isu pemasangan.
06-02-2024
Jimat Sehingga RM4,000, Pemeriksaan Kereta Percuma - Volkswagen
Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan penjimatan sehingga RM4,000 untuk model terpilih.
04-01-2023
Volkswagen Bagi Rebat Angpau RM1K dan Banyak Lagi Sempena Tahun Baru Cina!
Pelanggan Volkswagen berpeluang untuk memenangi rebat angpau bernilai RM1,000 dan banyak lagi!
07-01-2022
Volkswagen Arteon R-Line 2021 VS 2020: Ini Dia Penambahbaikan Pada Versi Terkini
Versi baharu Volkswagen Arteon tampil dengan beberapa penambahbaikan.
28-10-2021
Review & Pandu Uji Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION 2021 | Lebih Mahal, Lebih Power? | Caricarz.com
Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION telah dilancarkan di Malaysia sejak July 2021. Harga bermula dari RM248k, harga baru Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION 2021 adalah RM27k lebih mahal daripada versi sebelum ini.
21-10-2021
Pecutan 0-100 KM/J Dalam 4.9 Saat! Model Berprestasi Tinggi Volkswagen 'Arteon R' Bakal Masuk Malaysia?
Ura-uranya Volkswagen bakal membawa masuk Arteon R dan Arteon R Shooting Brake ke dalam pasaran Malaysia.
02-06-2021
Berita Terkini
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
