Harga XC90 B5 Inscription Plus Bermula RM386K.
Volvo Car Malaysia (VCM) mengumumkan barisan terbaharunya, XC90 dengan menambahkan varian Volvo XC90 B5 Inscription Plus.
Kali ini, varian terbaharu ini agak berbeza sedikit memandangkan ia menggunakan teknologi mild-hybrid selain dibezakan dengan lencana “B”.
Ia ditawarkan pada harga RM386,842 dan harganya itu termasuk pengecualian cukai jualan kerana ia merupakan model pemasangan tempatan.

Ia terdiri daripada empat pilihan warna iaitu Denim Blue, Onyx Black, Pebble Grey dan Crystal White.
Menerusi rangkaian kuasa elektrik, ia juga hadir dengan sistem brek janaan semula tenaga kinetik termaju dimana ia boleh mengurangkan penggunaan bahan api selain mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

Ia yang menggunakan rim aloi bersaiz 20 inci dipadankan dengan enjin empat silinder sekali gus mampu menghamburkan 249hp dan tork 350Nm.
Jentera ini yang dipadankan dengan transmisi lapan-kelajuan automatik dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 7.9 saat dan kadar kelajuannya mencecah 180 km/j.
Penggunaan minyaknya pula mencatatkan sebanyak 8.2 liter untuk setiap 100 kilometer.

Seperti kenderaan lain, jentera ini juga dilengkapi dengan kamera 360 darjah, kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci, sistem bunyi Bowers & Wilkins, pengecas wayarles, sistem infotainmen Sensus Connect 9-inci yang disepadukan dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Dari segi rupa parasnya, jentera ini memiliki rupa bentuk yang agak moden selain kelihatan sama seperti dengan V60 Recharge T8 yang dilancarkan pada awal tahun ini.
Ia juga hadir dengan lampu hadapan jenis LED, lampu nyalaan siang LED, Lampu Suluh Tinggi Aktif dan bumbung panoromik.
Menyentuh mengenai ciri keselamatannya, jentera ini dilengkapi dengan Bantuan Kekal Lorong, Amaran Lintasan Trafik, Sistem keselamatan bandar dengan Brek Auto.
Bagaimanapun, jentera ini akan mula berada di bilik pameran pada 5 Mac ini dan pembeli yang berminat untuk melakukan pandu uji, anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman web Volvo di www.volvocars.com/my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Miliki Volvo Idaman Anda Sempena Merdeka: Rebat Sehingga RM70,000
Volvo Car Malaysia Anjur Acara 48-Hour Merdeka Deal 15 & 16 Ogos Ini.
04-08-2026
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000
Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!
04-05-2026
Kempen ‘Selamat Raya Bersama Volvo': Tawar Rebat Sehingga RM60,000
Sepanjang acara jualan tempoh terhad ini, anda boleh menaik taraf kenderaan kepada rangkaian model Volvo dengan ganjaran tukar beli (trade-in) sehingga RM60,000 bagi model-model terpilih:
02-03-2026
XC90 Facelift Turut Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM418,888
Volvo XC90 facelift versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara serentak dengan EX90 yang diadakan di ibu negara, pagi tadi.
10-04-2025
Tempahan Volvo EX90 & XC90 Baharu Kini Dibuka – Anggaran RM450K
Selepas pendaftaran minat (ROI) dibuka awal bulan ini, Volvo Car Malaysia (VCM) kini telah membuka tempahan untuk kedua-dua SUV flagship terbarunya, Volvo EX90 dan XC90 facelift
17-03-2025
Pendaftaran Minat Volvo EX90 & XC90 Baharu Kini Dibuka
VCM secara rasmi membuka ROI untuk dua model SUV mewahnya, iaitu kenderaan elektrik (EV) Volvo EX90 dan hibrid plug-in (PHEV) Volvo XC90.
03-03-2025
Volvo XC90 Facelift Bakal Diperkenalkan September Ini
Sempena tahun ke-10 pengeluaran model ini, Volvo memberikan penyegaran kepada XC90 agar ia kekal kompetitif di pasaran.
23-08-2024
Lagi Kes Pandu Kereta Tanpa Cukai Jalan
Seorang pemandu ditemui memandu kereta mewah tanpa cukai jalan.
21-04-2024
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge