ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW Buka Pusat Pengedaran 4S Yang Pertama Di Lembah Klang

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengedar rasmi BMW, Millenium Welt membuka pusat pengedaran  yang pertama miliknya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Cawangan yang terletak di Utara Kuala Lumpur itu merupakan sebuah pusat Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem BMW  termasuk Premium Selection (BPS).


Pusat pengedaran yang dibina di atas ruang seluas 35,600 kaki persegi dapat memuatkan sehingga lima kenderaan BMW serta 10 kenderaan BMW Premium Selection.

Malah, terdapat 20 ruang selepas jualan, termasuk lima laluan segera  dan tiga ruang servis RATC.

Ini bermakna, pusat 4S ini mampu memenuhi sehingga 60 janji temu servis kenderaan setiap hari.


Millenium Welt ini  mempunyai 90 orang kakitangan, termasuk lima juruteknik voltan tinggi bertauliah.

Tidak ketinggalan pusat servis ini boleh dikatakan serba lengkap. Apa tidaknya, ia juga dilengkapi dengan ruang berehat,Bar Isetta, bahagian khas untuk barangan gaya hidup BMW, aksesori dan alat ganti.

Pelanggan juga boleh memperbaharui insurans kenderaan mereka dan menukar kenderaan terpakai mereka.

Millennium Welt turut mendakwa bahawa dengan menggunakan penyongsang mikro untuk menukar arus terus (DC) kepada arus ulang-alik (AC) di atas bumbungnya dengan selamat, pihaknya dapat menjimatkan bil elektrik sebanyak RM4,900 pada setiap bulan.

Syarikat itu juga dapat mengurangkan emisi karbon sebanyak 86 tan pada setiap tahun.


Sementara itu, pemilik kenderaan elektrik boleh mengecas kenderaan mereka dengan menggunakan khidmat pengecasan AC/DC di ruang parkir pelanggan.

“Pusat pengedar Millennium Welt di Utara Kuala Lumpur merupakan pusat servis tambahan yang dialu-alukan kepada rangkaian pengedar kami yang luas di Lembah Klang.

“Kami berpeluang  berkembang seiring dengan bilangan penyerahan dan pelanggan kami di kawasan ini. Kawasan pinggir Utara Kuala Lumpur dilihat sedang membangun dengan unjuran untuk menyumbang lebih daripada 500 buah kenderaan bagi segmen premium dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser.


Sementara itu, Pengarah Urusan Millennium Welt, Bryan Wong berkata, pihaknya mengalu-alukan pengedar pertama yang paling cekap tenaga di Kuala Lumpur.

Bagi menyokong mobiliti rendah karbon Millenium Welt sanggup untuk membuat pelaburan  dalam inisiatif tertentu.

“Berbekalkan sokongan daripada pelanggan, kami menetapkan sasaran besar bagi Millennium Welt untuk menyerahkan 2,400 buah kenderaan yang meliputi jenama BMW, MINI, MINI Next, BMW Motorrad dan BMW Premium Selection pada tahun ini,” katanya.

Millennium Welt Utara Kuala Lumpur kini dibuka dari 8:30 pagi hingga 6:30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu, dan dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7405

SELANGOR

BST4348

JOHOR

JD5647J

PULAU PINANG

PSF3075

PERAK

APL2337

PAHANG

CFH6182

KEDAH

KGH8561

NEGERI SEMBILAN

NEL6814

KOTA KINABALU

SJT8782

KUCHING

QAB5107P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.